PROLOG

5.5K 203 29
                                    

(Semester Satu, Tahun Satu)

"Aku nama panjang Zayyad Aiman. Nama manja Aman," lelaki yang bernama Aman itu angkat dua jarinya membuat simbol 'peace'.

Si lelaki kulit hitam manis hulur tangan, mahu bersalam, "Aku Muhammad Lutfi Kas...ah, nevermind. Nama geli-geli Lutfi!"

Aman tersengih sebelum huluran tangan Lutfi disambut. Mereka kemudiannya duduk di katil masing-masing, "Lagi dua orang tak masuk lagi ke?"

"Ada dah. Katil dekat tingkap tu tuannya nama Irfan Radzi ke apa entah. Panggil Radzi je. Yang katil belah kanan kosong lagi."

"Mana dia orangnya?"

"Toilet."

Aman mengangguk, "Kau course apa?"

Lutfi tersengih, "Creative Writing

"Perghh!" Aman angkat ibu jari tanda bagus, "Hebat!"

"Kau?"

"Sains Sukan. Pengkhususan dalam Pengurusan Sukan."

Lutfi mengangguk. Dia baru nak tanya soalan lain, pintu bilik mereka ditolak tiba-tiba dari luar. Spontan, mereka berdua panggung kepala.

"Assalamualaikum..." Seorang lelaki berkulit cerah melangkah masuk, "Eh, ada orang baru dah!"

Aman berdiri, "Radzi, kan?"

Lelaki berkulit cerah itu mengangguk, "Irfan Radzi. Nama glamour Radzi Kacak. Nama panggilan Radzi."

"Mangai banyak! Aku, Aman."

Radzi mengangguk sebelum berlalu ke katilnya, "Ada sorang lagilah kan yang tak masuk?"

Mereka berdua mengangguk. Radzi yang baru duduk di katilnya panggung muka bila pintu bilik dibuka dari luar.

Lutfi dan Aman turut sama panggung kepala.

Seorang lelaki yang memakai headphone di kepala masuk ke dalam bilik, "Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam..." perlahan, mereka bertiga menjawab soalan.

Serentak, mereka bertiga berdiri bila ada seorang lelaki yang agak tua mengekori langkah lelaki yang masuk mula-mula tadi. Mereka bersalaman dengan lelaki tua itu sebelum mereka kembali pura-pura sibuk mengemas barang-barang mereka.

"Abah tak boleh lama. Abah kena pergi Johor lepas ni." ujar lelaki tua itu pada lelaki yang baru selesai meletakkan barang-barangnya ke atas katil, "Ke angah nak abah tolong kemas apa-apa?"

Si lelaki mengangguk, "Okey. Abah tak payah risaulah. Angah boleh buat sendiri. Hati-hati drive. Pesan kat Kaer apa yang angah cakap tadi."

"Iyelah! Abah balik dulu!" Tangannya dihulur pada si anak dan disambut terus oleh si anak.

Lelaki tua itu kemudiannya bersalaman dengan Radzi, Aman dan Lutfi sebelum melangkah keluar dari bilik.

Aman pandang Lutfi. Lutfi pandang Aman sebelum memandang Radzi.

Si lelaki yang baru masuk menanggalkan headphone di kepalanya sebelum dia duduk di birai katil sebelum matanya memandang Radzi, "Kasyaf. Nama aku Kasyaf."

Radzi angguk. Tak dan tanya, dia bagitahu dulu! "Radzi."

"Aku Aman!" Aman yang duduk di katilnya memperkenalkan diri.

Lutfi ukir senyum nipis, "Lutfi"

Lelaki yang dipanggil Kasyaf angguk sebelum dia mula mengemas barangnya.

Lutfi pandang Aman.

Aman jungkit bahu, "Jenis tak cakap banyak kot!"

Lutfi mengangguk saja. Mungkin... mungkin...
.
.
.
.
.
Sebulan kemudian,

K.A.D.L.RWhere stories live. Discover now