BAB 22

2.2K 150 27
                                    

Di rumah sewa Kacap dan Empat Orang Budak Kacak, suasanannya lain dari kebiasaan. Tiada suara Danny menggedik seperti biasa. Masin-masing sedang sibuk membuat tugasan masing-masing. Sebentar lagi, mereka akan bertolak ke kampung Radzi di Perak!

Aman menolong Lutfi memasukkan motorsikalnya ke dalam rumah sementara Danny memeriksa semua suis barangan elektrik. Kasyaf yang dibantu Radzi pula, sedang memasukkan beg mereka ke dalam bonet.

"Nah, beg last!" Radzi menghulurkan beg terakhir kepada Kasyaf.

"Beg siapa besar sangat ni?" Tanya Kasyaf sebelum dia memasukkan beg itu ke dalam bonet.

Radzi sengih lebar dengan soalan Kasyaf, "Beg aku!"

Kasyaf julingkan mata sikit sebelum dia menutup bonet keretanya. Dia kemudian ke rumah jiran sebelah, mahu memaklumkan ketiadaan mereka di rumah dan mahu meminta jiran mereka itu tolong tengok-tengokkan rumah sewa itu.

"Done! Semua suis dah tutup kecuali peti ais. Bilik kau dah kunci, Radzi?"

"Aman dah kunci kot," jawab Radzi sebelum dia meloloskan diri di tempat duduk belakang.

Danny kerutkan dahi sikit sebelum menjengulkan kepalanya ke dalam rumah, "Aman, pintu bilik kau dah kunci belum? Lutfi?"

Lutfi yang sedang mengunci tayar motornya dengan rantai besi mengangguk, "Dah kunci dah! Plug semua aku dah cabut."

Aman yang baru keluar dari bilik, angkat ibu jari apabila daun pintu sudah ditarik rapat, "Done!"

Danny angkat ibu jari pada Aman, "Siapa last kunci pintu dengan pagar!"

Mendengar arahan Danny, Aman cepat-cepat keluar dari rumah, "Lutfi, kau last! Kunci pintu."

Lutfi yang baru berdiri dari mengunci tayar tarik muka. Cis!

Aman dan Danny masing-masing mengambil tempat masing-masing di dalam kereta milik Kasyaf.

Selepas seketika, Kasyaf yang baru balik dari rumah sebelah turut mengambil tempat di kerusi pemandu. Tali pinggang keledar ditarik dan dipasang.

"Okey, siap!" Lutfi yang baru masuk dalam kereta bersuara tiba-tiba!

"Tayar motor kau kunci dah?" Tanya Kasyaf tanpa memandang Lutfi yang ada di tempat duduk belakang.

"Sudah!" Lutfi menyahut.

"Suis semua dah tutup?" Kasyaf bertanya lagi.

"Dah!" Aman yang duduk di tepi Lutfi menyahut.

"Boleh gerak dah?" Tanya Kasyaf sambil menjungkit kening pada Danny.

"Boleh, ma!" Serentak, mereka berempat menjawab!

Kasyaf buat tak peduli. Dia terus memulakan pemanduannya selepas dia selesai membaca doa di dalam hati.

"Wei, Danny... Jihan balik sorang je ke naik kereta kau?" Tanya Radzi selepas kereta Kasyaf bergerak meninggalkan kawasan rumah sewa mereka.

"Taklah! Ika teman dia.," jawab Danny sambil mengerling pada Kasyaf. Bibirnya dah terukir senyum mengusik.

"Kau nak kena tumbuk dengan aku?" Tanya Kasyaf tanpa memandang Danny. Tak ada benda lain. Kerja nak bahan aku!

"Tumbuklah... tak takut..." Danny meleretkan suaranya, dengan nada mengejek, "Eh, by the way Radzi... opah kau tak kata apa ke kita nak balik rumah dia ni?"

"Nak kata apa. Dia pun seronok," jawab Radzi. Teringat suara opahnya yang suka betul bila dia cakap dia nak balik dengan kawan-kawannya ini.

"Kau cakap ke kat opah kau ada orang nak berkenalan dengan dia?" Lutfi bertanya, serius.

K.A.D.L.RWhere stories live. Discover now