BAB 4

1.9K 115 4
                                    


"Umi!!!" Ceria saja nada suara Danny bila mengambil panggilan telefon dari uminya.

"Amboi, cerianya anak umi sampai salam pun tak bagi! Dhani sihat?"

"Sihat, umi! Umi sihat? Abah?"

"Sihat... umi abah sihat belaka. Dhani tu, kalau umi tak telefon... payah benar nak telefon umi. Nasib baik ada Jihan."

Danny memusingkan pen di tangannya sambil mencebikkan bibirnya sebelum dia ukir senyum, "Ala umi tu... asyik Jihan je. Sayang sangat ke Jihan tu..."

"Aik? Jealous?" Suara Puan Arfah yang sinis di talian membuahkan tawa Danny.

"Tak jealous pun! Dhani sibuk, umi. Dengan assignment, latihan basketball tapi umi jangan risau, umi dengan abah sentiasa dalam doa Dhani."

"Kawan-kawan serumah Dhani sihat semuanya?"

"Sihat, umi! Umi..."

"Ya?"

"Hari ni umi masak apa? Dhani rindulah masakan umi. Lama tak makan..." Danny sengaja bersuara lirih, acah-acah sedih.

"Hari ni? Umi buat soto. Abah nak makan. Lagipun kak long dengan abang ngah ada balik."

"Ala, mana aci!!! Kenapa buat soto bila Dhani tak ada kat sana?"

"Ala anak manja umi ni..." Puan Arfah bersuara ala memujuk, "Nanti Dhani balik, jangankan soto... ratatouille pun umi boleh buat untuk Dhani!"

"Poyolah anak manja umi!" Kedengaran ada suara mengejek dari talian sana.

Danny ketap bibir, "Eiii... dengki!"

"Dayana, apa usik adik tu?!" Kedengaran suara abah menegur kak long.

"Umi..."

"Ya?"

"Rindu..."

"Umi pun rindu Dhani. Dahlah, umi nak pergi hidang soto dekat abah. Dhani belajar rajin-rajin. Jangan lupa solat, mengaji. Duit belanja ada tak?"

"Ada umi. Umi kirim salam semua orang ya?"

"Iyelah! Jaga diri. Kirim salam kawan serumah Dhani. Umi letak dulu ya?"

"Okey, umi! I love you!!"

"Ye, I love you too..." Puan Arfah bersuara dengan suara seperti mahu tergelak, "Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam..." Danny terus mematikan panggilan sebelum dia mencebikkan bibirnya. Nak soto!!

Aman yang sedang menelaah subjek Sukan dan Perhubungan Awam di perpustakaan menggeliatkan badannya. Kalau bukan sebab esok ada test, memang tidaklah dia nak study hari ni. Telefon pintar yang dari tadi dibiarkan dalam silent mode dicapai. Aplikasi Facebook dibuka. Scroll! Scroll! Bosan, dia tutup aplikasi itu. Baru dia nak meletakkan telefon itu kembali ke atas meja, satu mesej dari Whatsapp Group; Kacap dan Empat Budak Kacak masuk.

Mesej itu dibuka dan spontan bibirnya mengukir senyum sinis. Danny... Danny...

Danny
- Sedapnya sotoooo 😔😔😔-

Aman
- Kau apahal mangkuk?-

Danny
- Nak soto. Umi aku telefon cakap hari ni dia masak soto. Sedapnyaaaaa 😢😢😢-

Lutfi
- Habis kalau kau mengadu kat sini, kau boleh dapatlah soto kau tu?-

Aman
- Entahnya!-

Danny
- Huwaaa 😭😭-
- Sampai hati korang-
- Kawan korang ni teringin kot!-
- Layanlah sat kesedihan aku ni 😭😭😭-

Radzi
- Sorry Danny. Aku tak boleh nak layan kesedihan kau! Assignment aku lagi berhak dapat layanan aku!-
- Aku bukan macam team kau, semua benda siap awal 😂😂-

K.A.D.L.RWhere stories live. Discover now