Kasyaf menolak pintu dewan kuliah dengan sebelah tangan. Sebaik saja dia melangkah keluar dari dewan kuliah, bahunya tiba-tiba dipeluk dari kedua-dua arah, "Kacap sayang..."
Kasyaf tersentak sikit sebelum memandang ke kiri dan kanannya. Radzi dan Lutfi tersengih saja memandang Kasyaf.
"Korang tak ada kelas ke?"
Radzi masih dengan sengihnya menggeleng, "Kelas aku dah habis."
"Aku pun..." Jawab Lutfi sebelum dia tersengih, "Tapi petang karang ada satu lagi."
"Dah korang buat apa kat sini?"
"Saja. Cari geng nak pergi makan tengahari," jawab Lutfi dengan nada ceria, "Kebetulan aku terserempak dengan Radzi, dia pun cari geng nak makan."
"Apasal tak makan dengan budak kelas kau?"
Lutfi mengerutkan dahinya, "Ala, hari ni nak lunch dengan housemate terchentaa..."
"Gila! Pergi jauh dari aku!" Kasyaf pantas menolak Radzi dan Lutfi yang menempel rapat dengannya.
"Jomlah Kacap... makan dengan kami. Tak meriah kalau makan berdua je... jomlahhhhhhhhhhh...." Radzi kembali menempel dengan Kasyaf, siap pakej belai-belai bahu lagi.
"Gelilah, bangang!" Kasyaf tepis tangan Radzi sebelum bahu Radzi dan Lutfi dipeluk, "Kafe hostel ke kafe fakulti aku?"
"Kafe fakulti kau banyak otaku! Nanti dia minat pulak kat muka aku yang macam watak manga Jepun," ujar Lutfi tiba-tiba.
"Perasan. Muka handsome sikit je dari bontot kuali, perasan muka watak manga Jepun!" Bidas Radzi, "Kafe mana-mana pun tak apa. Aku kelaparan oi!"
"Bangang! Dengan bontot kuali kau samakan muka aku?! Muka aku sikit lagi je nak sama dengan Remy Ishak tau!" Ujar Lutfi, separuh geram!
Kasyaf menggeleng. Remy Ishaklah sangat, "Dah! Cukup! Kita pergi kafe library nak? Lepas makan boleh terus aku pergi library!"
"Elok! Danny pun ada kat library, ada discussion dengan group assignment dia. Kalau dia dah habis discussion, boleh join makan sekali," ujar Radzi, bersetuju dengan cadangan Kasyaf.
"Boleh je mana-mana," Lutfi jungkit bahu tak kisah.
"Ni korang datang fakulti aku ni naik apa ni?"
Spontan Radzi dan Lutfi ukir sengih sebelum serentak mereka menjawab, "Rempit!"
Kasyaf geleng, "Ada helmet ke?"
"Haruslah tak adaaaa..." meleret Lutfi menjawab, "Dah, aku nak pergi kat motor aku. Jumpa kat kafe nanti."
Kasyaf dan Radzi mengangguk sebelum mereka berdua berjalan menuju tempat parkir pelajar Fakulti Animasi dan Multimedia.
.
.
.
.
.
"Mana Kasyaf? Aku dah nak habis makan dah ni," ujar Lutfi pada Radzi yang masih enak menjamu selera."Tu, tengah beli nasi! Tadi dia jumpa pengelola Program Sehati Sejiwa ke apa entah, sembang lama kemain. Tu baru terhegeh-hegeh nak beli nasi!"
Lutfi membulatkan mulutnya, membuat reaksi 'ooo' tanpa bunyi, "Kemain lama bincangnya! Nasi kita dah habis dah."
"Kasyaf... macam kau tak kenal!" Ujar Radzi sebelum dia menghabiskan nasi di pinggannya, "Dah, aku pergi basuh tangan kejap!"
Lutfi angguk. Dia makan dengan sudu dan garfu, tak payah susah-susah nak basuh tangan sebelum, selepas makan. Walaupun tadi kena perli Radzi, dia buat muka tak ada perasaan je.
Selepas seketika, Radzi kembali ke meja dan pada masa yang sama, Kasyaf turut menghampiri meja dengan pinggan di tangannya.
Kasyaf meletakkan pinggan nasi di atas meja sebelum dia memandang Lutfi dan Radzi, "Jaga nasi aku, wei. Aku nak beli air. Karang mat dua ekor tu datang, harus bantai terus je nasi aku!"
YOU ARE READING
K.A.D.L.R
Teen FictionKasyaf - Si serius semedang tapi kadang-kadang bila keluar aura nakal, semua ternganga tak ada suara. Aman - Si lonjong yang blur. Si nakal yang boleh buat orang pening kepala. Danny - Si pendek tak cukup zat. Si kuat mengusik sampai orang tak lalu...