"Okey! First thing first... baju team kita. Team designing?" Kasyaf pandang pada orang-orang yang berada di kirinya, "Macam mana Arif?"
"Okey. Kami ada dua design. Kami dah print untuk senang semua tengok," Arif, ketua team designing menjawab sebelum memberi isyarat mata pada anak buahnya untuk mengedarkan printout yang sudah disediakan sebelum mesyuarat tadi, "As you all can see, ada dua design. Sebelah kanan designnya penuh, yang sebelah kiri kita cuba kurangkan hiasan dan lebihkan motto team kita. Sehati Kita Bersama, Sejiwa Kita Bersatu."
Ika yang sedang meneliti design yang disediakan angkat tangan, "Yang belah kanan ni motto you guys letak kat mana?"
Arif terdiam sebelum dia berdehem. Tanpa mempedulikan soalan Ika, dia menyambung penerangannya yang terhenti, "Kami decide untuk logonya untuk diletakkan di lengan tangan kanan dan..."
"Excuse me, Arif!" Kasyaf berdehem. Wajahnya serius saja, "Bila orang tanya soalan, kau sepatutnya jawab. Apatah lagi soalannya berkaitan dengan design kau. Design yang kau dan team kau buat. Kami yang lain tak tahu kat mana kau letak logo, letak motto. Sebab tu orang tanya."
Arif terdiam.
"Kita kat sini bukan sebagai individu sebaliknya kita kat sini sebagai satu kumpulan. Aku tak tahu apa masalah kau dengan Ika, be professional please. Yang lain pun sama. Korang suka atau tak, Ika penolong aku. Kalau aku tak dapat datang perjumpaan, Ika yang akan gantikan aku dan aku bukan tegur Arif je, aku tegur semua orang. Be professional! Faham?"
"Fahammm..." antara dengar tak dengar saja suara mereka semua menyahut.
Kasyaf menggeleng, "Proceed, Arif."
Arif mengangguk sebelum dia menyambung penerangannya tadi.
Kasyaf pula menghela nafas. Dia kerling pada Ika.
Kebetulan, Ika sedang memandangnya.
Dia jungkit kening pada Ika namun sesaat kemudian, dia terpaku.
Ika ukir senyum dan mengangguk, mengucapkan terima kasih.
Kasyaf laju mengalihkan pandangan ke tempat lain. Lainnya kalau dia senyum...
Ika dah kerutkan dahi. Orang senyum cakap terima kasih pun nak menyombong. Kata be professional.
Jihan di sisi Ika tersengih jahat. Di bawah meja, aplikasi Whatsapp dalam telefon dibuka. Nama Danny dipilih sebelum dia menaip mesej.
Jihan
- Danny!-
Danny
- Ya, sayang?-Jihan
- 😒 😒 😒-Danny
- Bersyukurlah aku nak panggil kau sayang. Mana ada orang lain nak panggil kau sayang selain aku-Jihan
- Bongok!-
- Btw, ada cerita panazzzz-Danny
- Cerita apa?-Jihan
- Kacap bela Ika kejap tadi-Danny
- Serius? 😱 😱-
- Bela macam peguam tu ke, bela as in membela ikan?-Jihan
- Kalau aku cakap bodoh karang, kau marah aku-
- Bela macam peguam tu lah-Danny
- Mana aku nak tauuu-
- Ha, ceritalaaahhh cepattttt-Jihan
- 😏 😏 😏-
- IKA SENYUM KAT KACAP OOO-Danny
- MAIGAD-
- Tak tidurlah Mat Kacap malam ni-
- Kacap balas ke senyuman Ika? 😋 😋 😋-Jihan
- Kacap tersipu-sipu kot-
YOU ARE READING
K.A.D.L.R
Teen FictionKasyaf - Si serius semedang tapi kadang-kadang bila keluar aura nakal, semua ternganga tak ada suara. Aman - Si lonjong yang blur. Si nakal yang boleh buat orang pening kepala. Danny - Si pendek tak cukup zat. Si kuat mengusik sampai orang tak lalu...