"Siapalah aku iniii... untuk memintal buih yang memutihhh... menjadi permaidani... seperti mana yang tertulis dalam novel cintaaa..." Lutfi tanpa mempedulikan kawan-kawannya, menyanyi dengan sepenuh hati.
Aman dan Danny di belakang Lutfi melambai-lambaikan tangan seperti mereka berada di konsert.
Radzi pula membelek buku lagu, mencari lagu yang mahu dia nyanyikan nanti.
Kasyaf hanya bersandar di sofa. Menyesal pulak dia ikut budak-budak ni. Dari sejam, dia tambah lagi sejam, lepas tu tambah lagi sejam. Nasib baik esok cuti.
"Radzi, dah siap pilih lagu ke?" Aman bertanya selepas Lutfi selesai menyanyi.
"Dah. Tekankan nombor 23345 untuk aku kejap."
"Lagu Kopi Dangdut ke wei?" Danny bertanya sebelum meneguk air Pepsi yang ada di atas meja tepi sofa.
"Baik sikittttt..." Radzi dah berdiri sebelum dia mencapai mikrofon yang ada di tangan Lutfi.
Baru Aman nak mengusik Radzi, intro lagu yang dipilih Radzi bergema di dalam bilik sederhana besar itu.
"HELL NO! Kenapa aku tak jumpa pun lagu ni tadi?" Danny dah berdiri.
"Oooh yeah..." Radzi mula menyanyi tanpa mempedulikan Danny, "You might've been hurt, babe... that ain't no lie... you've seen them all come and go, oh.."
Danny yang memegang mikrofon yang satu lagi menyambung terus, "I remember you told me... that it made you believe in... no man, no cry... maybe that's why..."
"Semua sekali!" Radzi menggamit Lutfi dan Aman supaya menyanyi bersama dengannya, "Every little thing I do... never seems enough for you..."
"You don't wanna lose it again... but I'm not like them..." Aman menyanyi kuat walaupun tanpa mikrofon di tangannya.
"Baby, when you finally... get to love somebody, guess what," Lutfi menyambung sebelum mereka berempat memandang Kasyaf.
Kasyaf senyum senget, "It's gonna be me..."
Setelah selesai mereka berlima menyanyi lagu It' Gonna Be Me, Radzi menolak Kasyaf ke depan, "Turn kau pulak!"
"Tadi dah nyanyi dah!"
"Ala, kau habiskanlah sepuluh minit terakhir ni. Tadi kami dah sakan menyanyi dah," ujar Danny yang tersandar letih.
Kasyaf buat muka, "Malas aku."
"Ala, c'mon Kacap! Satu lagu jeeee..." ujar Aman pula.
"Meh aku pilihkan lagu untuk kau!" Danny menawarkan dirinya tiba-tiba sebelum membelek buku lagu.
Kasyaf pula laju mengambil buku itu dari tangan Danny sebelum Danny bagi lagu pelik-pelik dekat dia.
"Wei, aku tak pilih lagi!" Danny bersuara dengan nada sedih.
"Tak payah. Aku pilih lagu 00001," Kasyaf bersuara tanpa nada.
Lutfi dan Radzi yang membelek buku lagu yang sebuah lagi dah terkekeh-kekeh ketawa.
Aman memandang mereka berdua dengan pelik sebelum bertanya, "Kenapa?"
"Pasanglah lagu tu dulu untuk Kacap," tanpa menjawab soalan Aman, Radzi bersuara.
Danny laju menekan nombor 00001 dengan remote yang di atas meja. Selepas seketika, intro lagu yang dipilih Kacap berkumandang dan serentak empat orang yang duduk di sofa ketawa.
Kasyaf pula dah mencarut dalam hati! Apahal lagu ni pulak yang keluar? Siot!
"Ooohhhhhooooiiiii oiiiiiii..." Aman bersuara dari belakang Kasyaf, dengan nada mengusik, "Kalaulah mata bertentang mataaaaaa... hati di dalam bagaiii nak gilaaaaaaa..."
YOU ARE READING
K.A.D.L.R
Teen FictionKasyaf - Si serius semedang tapi kadang-kadang bila keluar aura nakal, semua ternganga tak ada suara. Aman - Si lonjong yang blur. Si nakal yang boleh buat orang pening kepala. Danny - Si pendek tak cukup zat. Si kuat mengusik sampai orang tak lalu...