"Hai, Kak Jihan!"
“Ha...” Jihan yang sedang membungkus kuah mee kari panggung kepala, "Ceh, korang ke? Ingat budak junior mana nak mengorat aku."
Aman ketawa, "Ada ke budak junior nak mengorat kau? Mangkuk ni je yang dok mengorat kau tak lepas-lepas."
Danny buat tak peduli dengan usikan Aman, "Kau sorang je? Orang lain mana?"
"Pagi ni kami tiga orang je tapi yang dua orang tu pergi toilet.”
"Budak koperasilah?"
Jihan angguk, "Ala, korang kenal kot."
"Huh? Siapa? Budak koperasi yang aku kenal kau je," Aman mengerutkan dahi sebelum memandang Danny.
"Ala, junior kita setahun. Tak salah aku, budak dua orang tu budak kelab korang waktu first year. Apa ke entah nama dia orang..."
"Kau ni tak tua lagi dah nyanyuk," Danny menggeleng kepala, seolah-olah menyesali takdir hidup Jihan.
"Aku bukan nyanyuklah, gila! Aku tak ingat. Banyak sangat benda nak fikir."
Danny tersengih lalu dia menyinsing lengan bajunya sebelum dia mendekati Jihan yang ada di bawah khemah, "Ada benda nak aku tolong tak?"
"Tolong bubuh mee dengan 'sampah-sarapnya' masuk dalam plastik tapi pergi basuh tangan dulu."
"Okey, maam!" Danny angkat tabik hormat sebelum dia pergi membasuh tangan di sinki yang berdekatan dengan booth Jihan.
"Jihan..."
Jihan pandang Aman, "Ya?"
"Jaga Danny elok-elok. Rugi kau kalau orang lain dapat dia dulu."
Jihan mengerutkan dahi, "Apa kau merepek ni, Aman? Penyakit gila Danny hinggap kat kau pulak ke?"
Aman tak menjawab sebaliknya dia cuma mengangkat bahunya sebelum dia pergi menolong Danny yang terkial-kial mahu membuka plastik pembungkus. Aku dah pesan dah... jangan menyesal kalau mamat gila tu pergi kat orang lain.
“Sorry lambat, Jihan.”
Jihan yang sedang memproses kata-kata Aman berpaling ke kanan. Spontan dia mengukir senyuman kepada orang yang menegurnya, “Tak apa, Pijah. Lagipun saya dah ada dua assistant baru masuk kerja tu. Elin mana?”
“Dia pergi beli air coconut shake. Dia suruh saya datang tolong awak dulu,” Pijah yang sedang tersenyum pantas memandang ke arah dua orang assistant yang Jihan beritahu tadi. Senyuman di bibirnya mati lalu digantikan dengan kerutan di dahi. Aik, macam kenal?
Danny yang terasa seperti diperhatikan panggung kepala langsung spontan mengukir senyum, “Jodoh datang, Aman. Jodoh.”
Aman yang sedang memotong tauhu goreng kerut dahi. Dia spontan berpaling ke belakang, mahu mencari ‘jodoh’ yang disebut Danny.
“Eh?” Aman ukir senyum lebar.
Pijah turut mengukir senyum. Patutlah macam kenal!
“Saya tak tahu pun awak ahli koperasi.”
“Dah awak tak tanya.”
Aman mengangguk saja. Betul jugak! Aman mengekori saja langkah Pijah yang sedang melawati gerai-gerai yang ada di tapak karnival.
Seketika kemudian, langkah Pijah berhenti di sebuah gerai yang menjual tudung dan selendang.
Spontan bibir Aman ukir senyum senget. Telefon pintarnya dikeluarkan dari poket seluar. Aplikasi Whatsapp dibuka lalu jemarinya laju menaip mesej untuk Danny.
YOU ARE READING
K.A.D.L.R
Teen FictionKasyaf - Si serius semedang tapi kadang-kadang bila keluar aura nakal, semua ternganga tak ada suara. Aman - Si lonjong yang blur. Si nakal yang boleh buat orang pening kepala. Danny - Si pendek tak cukup zat. Si kuat mengusik sampai orang tak lalu...