"Nama apa?" Aman kerut dahi. Dia tak jadi menyuap nasi mendengar nama yang disebut Lutfi.
"Puspa Wangi aku kata."
Radzi dah tersedak-sedak, "Datang dari zaman bila? Klasik benor namanya..."
"Dia sebaya PG kot," jawab Lutfi.
Danny mengacau-ngacau kuah mee kari dengan meenya supaya serasi sebelum bersuara, "PG tua dua tahun dari kita."
"Ha..." Lutfi mengangguk. Nak jawab tak boleh. Mulut penuh dengan makanan.
"Dah kahwin?" Tanya Kasyaf sebelum menyuap nasi yang sudah digaul dengan kuah ayam masak kicap ke dalam mulut.
Uhuk! Lutfi tersedak.
Aman laju menepuk belakang Lutfi.
Danny dah tersengih sebelum menghulur air pada Lutfi. Kemain Kacap...
Radzi dah tergelak-gelak. Baru tanya dah kahwin, tersedak terus!
"Kau, Kacap! Saja nak bagi harapan aku musnah hancur kan?" Ujar Lutfi selepas meneguk air yang dihulur Danny.
"Aku tanya je."
Danny senyum sinis, "Kau apa kes, Kacap? Sejak bila kau pandai pakai emoji? Mood kau hari ni pun bukan main okey. Ada orang senyum dekat kau ke?"
Uhuk! Kacap pula tersedak!
Radzi terus menepuk belakang Kasyaf. Lutfi pula menghulurkan gelas yang dia gunakan tadi kepada Kasyaf, "Minum dulu. Minum."
Aman pula dah jungkit-jungkit kening pada Danny. Siapa?
Danny pula buat menunjukkan baju hitam yang dipakainya kepada Aman.
Aman buntangkan matanya yang tak berapa besar, "IKA MINAH GOTHIC?!"
Kasyaf yang sedang meneguk air, terus tersembur, "Purrrr!"
"Hoi, menyembur!" Lutfi mengelap wajahnya yang terkena tempias air Kasyaf. Pinggan yang masih bersisa langsung ditolak ke tepi. Tercemar habis!
"Iyekkkk!" Radzi ambik tisu lalu dilap-lap pada lengannya yang terkena semburan magis Kasyaf.
Danny tersenyum senget sebelum menyuap mee kari ke dalam mulutnya. Hai, senangnya dalam hati... dapat kenakan Kacap. Muahaha!
"Aman, petang ni ada practice tak?" Danny yang sedang duduk berlunjur kaki di luar surau bertanya pada Aman. Habis saja kelas tadi, terus dia dan Radzi ke surau untuk menunaikan solat Zohor. Kebetulan, mereka berdua bertembung dengan Aman yang sedang mengambil wuduk di surau itu.
"Adalah, kan?" Aman menjawab tak pasti, "PG tak mesej apa-apa ke dalam group Whatsapp?"
Danny menggeleng, "Entah! Mobile data aku dah habis. Wifi kampus aku tak dapat nak connect."
Aman keluarkan telefon pintarnya dari poket seluar. Aplikasi Whatsapp dibuka sebelum dia membaca pesanan yang masuk, "Tak ada! Coach pun senyap je."
Danny mengangguk saja, "PG dok dalam lab kot. Tak apalah. Lepas kelas karang aku nak pergi pejabat HEPA, nanti aku tanya coach. Alang-alang tu biar aku tanya terus pasal jadual latihan."
"Bagus! Sem depan, aku vote kau jadi kapten!"
Danny buat muka, "Tak nak aku jadi kapten. Nak handle diri sendiri pun tak terdaya, inikan nak handle satu team."
Aman ketawa saja sebelum dia duduk di sebelah Danny, "Kau ada kelas lagi lepas ni?"
Danny angguk, "Ada. Kau?"
Aman geleng, "Tak ada tapi aku nak pergi library. Cari bahan rujukan sikit."
"Eh, mana Radzi ni? Lamanya melabur..." Danny mengerling jam di pergelangan tangannya. Tadi lepas selesai solat, Radzi cakap nak pergi ke tandas. Nak membuang katanya.
YOU ARE READING
K.A.D.L.R
Teen FictionKasyaf - Si serius semedang tapi kadang-kadang bila keluar aura nakal, semua ternganga tak ada suara. Aman - Si lonjong yang blur. Si nakal yang boleh buat orang pening kepala. Danny - Si pendek tak cukup zat. Si kuat mengusik sampai orang tak lalu...