Aman hela nafas. Tadi selepas kuliah terakhirnya untuk hari itu habis, dia terkejut bila dia dapat mesej daripada PG yang mahu bertemu dengannya.
Itu yang menyebabkan dia ada di sini. Dia kedai makan yang ada di luar kampus. Wajah PG yang duduk di depannya dipandang sekilas sebelum dia berdehem, "Kenapa kau nak jumpa aku?"
PG pandang Aman sebelum dia mengeluh, "Apa yang jadi antara kau dengan adik aku, Aman? Pijah..."
"Kenapa dengan dia?" Laju Aman memotong. Hatinya terbersit rasa risau!
"Kau suka adik aku?"
Aman diam sekejap. Dia menunduk sebelum dia bersuara, "Aku anggap dia tak lebih dari seorang kawan."
PG angguk kepala, tanda faham! "Kalau kawan kenapa kau jauhkan diri dari adik aku tanpa sebab? Kenapa semalam..."
"Aku takut!" Potong Aman, laju! "Aku takut aku bagi harapan pada adik kau. Aku tak pernah anggap dia lebih dari..."
"Aku faham!" PG pula laju memotong ayat Aman. Nafasnya dihela sekali lagi, "Jadi kau tahu yang adik aku..."
"Dia memang sukakan aku?" Tanya Aman, mahu tahu.
"Aku tak tahu, man! She shut me off! Dia cuma bercakap dengan Elin saja sekarang. Aku serba-salah, kau kawan baik aku, dia adik aku... aku tak tahu apa masalah korang tapi..." PG mengeluh pula.
"Aku minta maaf, PG! Silap aku, terbagi harapan palsu pada dia!"
PG angguk kepala sebelum dia pandang Aman, "Aman..."
"Ha?"
"Aku minta maaf kalau..." PG matikan ayatnya sebelum dia ukir senyum tawar, "... kalau adik aku buat kau rasa terbeban ke apa. I'm sure it's just a stupid crush after all. Esok lusa, dia lupalah kot!"
Zap! Tak tahu kenapa, Aman rasa macam kena hiris bila perkataan stupid crush diucapkan oleh PG. Kau dah kenapa Zayyad Aiman? Kau nak terasa kenapa?
"Kau okey?" Tanya PG bila sedar wajah Aman macam berubah sikit.
Aman senyum lalu mengangguk, "Aku harap kita tak putus kawan sebab benda ni."
"Tak. Hal kau dengan adik aku, itu hal korang. Ya, aku memang marah dengan kau bila tengok adik aku menangis tapi aku pun faham, perasaan tu tak boleh dipaksa! Kalau orang tak nak, takkan nak terhegeh-hegeh lagi."
Aman terdiam. PG marah dia sebenarnya tapi lelaki itu tenang. Tenang dan serius, "Aku minta maaf."
PG geleng kepala sebelum dia berdiri, "Aku harap kau dapat bagi aku masa."
"Hah?"
"Nampak adik aku sakit, aku sakit sama, Aman. Itu satu-satunya adik perempuan aku. Aku pernah hampir hilang dia dulu."
"Apa... apa maksud kau?"
"Aku harap kau jangan muncul lagi depan adik aku, depan Elin pun because she might kill you," PG tersengih namun tanpa perisa, "Dan bagi aku masa, untuk hilangkan marah aku pada kau! Apa pun, kau tetap kawan aku cuma aku perlu masa."
"Aku faham, PG! Aku faham..." Aman angguk kepala.
PG senyum sesaat sebelum dia terus berlalu meninggalkan Aman yang masih duduk di situ.
Aman raup wajah. Mata Pijah yang berkaca semalam buat dia rasa sakit di dadanya. Tipu kalau dia kata dia tak ada secebis suka pada Pijah tapi dia masih 'bersama' Sakinah, mustahil untuk dia balas rasa itu.
Danny siku Radzi yang sedang membalas mesej daripada opahnya, "Wei..."
"Hmm...?"
"Tengok Aman..." Bisik Danny pada Radzi sebelum dia memuncungkan mulutnya pada Aman yang sedang berbaring dengan sebelah tangan menutup matanya. Nampak susah hati benar.
YOU ARE READING
K.A.D.L.R
Teen FictionKasyaf - Si serius semedang tapi kadang-kadang bila keluar aura nakal, semua ternganga tak ada suara. Aman - Si lonjong yang blur. Si nakal yang boleh buat orang pening kepala. Danny - Si pendek tak cukup zat. Si kuat mengusik sampai orang tak lalu...