BAB 23

3.2K 182 35
                                    

Aman memgerutkan dahi melihat Danny yang bersandar dengan pintu kereta mengetuk kepalanya berkali-kali, "Kau apahal?"

Danny tersentak sebelum berhenti mengetuk kepalanya "Nothing! Mana Radzi dengan Kacap?"

"Kacap pergi beli kopi, Radzi beli nasi lemak," jawab Aman sebelum dia pandang Lutfi yang ada di dalam kereta. Membuta! "Mamat tu tak turun kencing ke? Karang nak beraklah, nak kencinglah, nak terciritlah..."

"Aku kejut dah tapi dia kata pandai-pandailah dia kalau nak kencing nanti," jawab Danny sebelum dia sama memandang Lutfi yang ada di dalam kereta.

"Mangai! Penat sangat ke sampai ternganga mulut?" Aman ketawa sebelum dia mengeluarkan telefon pintarnya dari dalam poket.

"Nak buat apa?" Danny bertanya.

"Ambik bahan ugutan. Mana tau esok boleh dapat durian Musang King ke lepas tunjuk gambar ni kat dia."

Danny ketawa saja sebelum dia kembali mengetuk kepalanya bila teringat mesej yang dia hantar pada Jihan tadi.

Usai mengambil gambar Lutfi, Aman bersandar di sebelah Danny, "Kau kenapa?"

Danny senyum tawar, "Tak ada apa-apa. Wei, kau dengan adik PG macam mana? Hari tu kau cakap nak minta maaf dengan dia."

Aman hela nafas, "Nak minta maaf apanya. Nampak aku dari jauh pun dia rela patah balik, lalu jalan lain nak pergi kelas."

"Salah sendiri, bro..." Danny senyum sebelum tepuk bahu Aman, "Kau minta maaflah dekat Facebook ke, I G ke..."

Aman senyum tawar, "Dah kena block!"

"Mintak tolong PG."

"PG pun tak bercakap sangat dengan aku!"

Danny geleng kepala, "Sebab tu... jangan ramah sangat dengan orang."

"Tau..." Lemah Aman membalas.

"Tapi kan, Aman..." Danny pandang Aman, sedikit teragak-agak nak bertanya.

"Apa?"

"Takkan kau tak ada sekelumit sayang untuk Pijah tu?"

Aman hela nafas, "Jujurnya?"

Danny angguk kepala, "Ya."

"Aku pernah suka dia, Danny. Waktu dia masuk kelab bola keranjang kita."

Berubah wajah Danny, terkejut! "What?"

"Tapi bila aku tahu dia adik PG dan aku jumpa parents Shark waktu cuti semester, aku lupakan rasa suka tu."

"Kau serius ke ni?"

"Dua rius aku bagi kau," seloroh Aman sebelum dia hela nafas, "Aku dah janji dengan Shark, Danny! Aku kena 'jaga' Sakinah."

"Tapi kau dengan Sakinah pun macam tak tahu hala tuju, Aman."

"Aku tahu tu tapi..." Aman angkat tangan bila dia ternampak Radzi yang sedang berjalan dengan Kasyaf sebelum dia kembali bersuara, "Let's talk about this later. Janji dengan aku, jangan bagitahu budak lain pasal benda ni. Aku malu..."

Danny senyum lalu tangannya naik menepuk bahu Aman, "InsyaAllah, dude!"


Selepas tiga jam pemanduan, mereka berlima akhirnya sampai juga di kampung opah Radzi.

"Aaahhhh, home sweet home!" Ucap Radzi teruja sebaik sahaja dia keluar dari tempat duduknya!

"Lawa rumah opah kau," puji Kasyaf yang juga baru keluar dari tempat pemandu, "Klasik!"

Danny dan Aman yang dah keluar dari perut kereta menganggukkan kepala mereka, bersetuju dengan kenyataan Kasyaf.

"Jom, keluarkan beg dulu," arah Kasyaf sebelum dia pandang si Kasturi yang masih belum jaga dari lena, "Mangkuk ni memang tak jaga dari tadi ke?"

"Bangun makan nasi lemak je, wei!" Jawab Aman yang sedang mengeluarkan beg dari bonet.

"Ni beg siapa besar gedabak ni?" Danny yang sedang menolong Aman mengerutkan dahinya saat mengeluarkan beg yang paling besar dari bonet kereta.

Radzi tersengih lebar sebelum dia tarik beg yang besar itu dekat dengannya, "Beg aku."

Kasyaf menggelengkan kepalanya sikit sebelum dia mengejutkan Lutfi yang masih tidak bangun, "Lut, bangun! Kita dah sampai ni..."

"Haa... pergi dulu. Nanti dah sampai kejutlah!" Dengan tangan yang tergawang-gawang, Lutfi bersuara.

"SEBAB DAH SAMPAILAH AKU KEJUT KAU, SETAN!" Ucap Kasyaf sebelum tangannya menarik sikit side burn milik Lutfi, "BANGUN!"

"Aduh, sakit Kacap!" Lutfi terus menggosok bahagian yang ditarik Kasyaf tadi.

Mereka yang lain dah ketawa besar, "Itulah, kita orang kejut tak nak bangun! Dah kena marah dengan Ma Kacap!"

Lutfi memuncungkan mulutnya. Suka buli aku...

"Kau tak payah nak buat muka macam itik tu. Cepat keluar, aku nak kunci kereta ni!"

Lutfi sengih sebelum dia keluar dari kereta, "Wei, lawa rumah opah kau!"

"Baru rumah wei, tak tengok tuan rumah lagi. Mau cair kau nanti," sengaja, Radzi mahu mengusik Lutfi.

Lutfi buat muka sikit, "Kau get ready je, Radzi. Mana tau esok lusa kena panggil aku tok ayah!"

Serentak, tawa mereka berlima pecah! Gilaaaa...



"Assalamualaikum..." Radzi mengetuk pintu rumah kayu sambil matanya sesekali memandang ke arah rakan-rakannya yang sudah bersedia di bawah dengan beg baju masing-masing, "Opah... ooo... opah! Abang dah sampai ni..."

Aman yang dah duduk di anak tangga mendongak, "Wei, kau betul ke dah bagitau opah kau kita nak datang ni? Dah sepuluh minit kita duduk kat tangga ni!"

Radzi angguk, "Dah. Semalam aku dah confirmkan dengan opah aku."

"Opah kau pergi bergosip dengan jiran-jiran dia gamaknya..." seloroh Danny sambil mengipas wajahnya. Panas gilaaaaaaa hari ni, "Cuba try call opah kau balik, Radzi."

"Ingat opah aku kaki gosip ke?" Radzi jeling Danny sebelum dia menekan skrin telefon pintarnya, mahu mendail nombor telefon opahnya sekali lagi.

"Abang Ir?"

Serentak lima pasang mata berpaling pada suara yang menegur. Radzi melihat si gadis terus turun dari tangga, "Ainun, mana opah?"

"Opah kat surau dengan ibu, tengah rewang. Cik Leha Bunga buat tahlil malam ni. Ainun datang ni pun sebab opah suruh bagi kunci rumah untuk abang," gadis bernama Ainun itu menghulurkan segugus kunci yang pada Radzi.

Radzi mencapai kunci itu sebelum dia memandang rakan-rakannya, "Kenalkan... adik sepupu aku, Ainun. Anak mak ngah aku. Duduk kampung ni jugak."

Danny melambai, gembira pada Ainun, "Hai..."

Kasyaf, Lutfi dan Aman sekadar mengukir senyum.

Ainun senyum sesaat sebelum dia kembali memandang Radzi, "Ainun pergi dululah, Abang Ir. Opah pesan, lauk dengan nasi semua dah ada bawah tudung."

"Okey!" Radzi mengangguk.

Ainun pula terus mengayuh basikal, berlalu dari kawasan rumah opah. Dia sebenarnya segan dengan kawan-kawan Abang Ir dia. Tambah-tambah semua pakat tengok dia tak berkelip mata.

"Cun adik sepupu... mengorat boleh?" Lutfi bersuara selepas Ainun berlalu pergi.

"Nak mengorat?" Radzi senyum sinis sebelum dia mula membuka pintu rumah opahnya, "Mengorat opah dia dulu. Cucu perempuan kesayangan tu."

"Mengorat opah? Tak ada hal lah, bro! Memang tu plan asal!" Lutfi ketawa.

Kasyaf tolak kepala Lutfi yang ketawa suka, "Angkat beg tu dulu. Mengorat bagai. Naik, sembahyang dulu."

Tawa Lutfi terhenti. Mulutnya dibuat-buat untuk mengejek Kasyaf, "Yelah, ma..."

Aman dan Danny dah ketawa tengok Lutfi mengejek Kasyaf. Bengong dia ni...

Kasyaf buat tak peduli sambil mengangkat begnya. Nanti dia layan, menjadi-jadi pulak budak-budak ni mengejek dia.

Bersambung...





K.A.D.L.RWhere stories live. Discover now