BAB 3

1.9K 110 2
                                    


"Danny, hari ni aku tumpang kau! Aku malas nak bawak kereta!" Kasyaf yang baru keluar dari bilik tidur bersuara pada Danny yang bersila di lantai.

Danny yang sedang mencicah biskut kering empat segi jenama Hup Seng ke dalam cawan berisi Milo panas mengangguk saja.

"Aku pun nak tumpang!" Lutfi yang sedang merapikan rambutnya bersuara dari dalam bilik.

"Boleh je tapi nanti korang nak balik pukul berapa?" Danny bertanya sebelum dia menghirup air Milo dari cawan. Dia kemudiannya bangkit dari duduknya dan terus ke dapur membawa cawan yang digunakan dia tadi, "Petang karang aku ada latihan basketball dengan Aman. Habis kelas terus pergi court."

"Aku tumpang coursemate aku balik karang. Kasyaf aku tak tahu!" Lutfi yang segak berkemeja keluar dari biliknya sebelum pintu bilik ditutup.

Kasyaf yang sedang menyarung kasut membalas, "Aku balik pukul enam hari ni. Lepas habis kelas aku ada discussion. Aku balik dengan kau ajelah nanti, Danny."

"Haa... boleh je," Danny angguk sebelum dia mengetuk pintu bilik Aman dan Radzi, "Aman! Radzi? Dah siap ke? Jomlah!"

"Dah! Dah!" Aman laju keluar dari bilik dengan beg galasnya sebelum dia berpaling pada Radzi yang masih berada di dalam bilik, "Tutup lampu, Radzi!"

"Okey!" Radzi menyahut.

"Aman, kau drive kereta aku boleh? Aku malaslah..." ujar Danny dengan sengihannya sebelum dia menghulurkan kunci keretanya pada Aman, "Karang kau drop aku dengan Radzi kat fakulti je."

"Habis kereta kau?" Aman kerut dahi namun kunci kereta yang diberi Danny dicapai juga.

"Kau bawaklah."

Aman menggeleng saja, "Kaulah manusia paling pemalas sekali aku pernah jumpa."

Danny buat muka tak kisah dengan kata-kata Aman. Buat apa dia nak nafikan, memang itu hakikatnya, "Dahlah! Jom!"

Aman pula terus memandang ke arah biliknya sebelum dia menjerit, "Radzi!!! Cepat!!!"

"YAAAAA!!! SIAP DAH NI!!!!"

Lagu Why This Kolaveri Di berkumandang di dalam kereta. Serentak, empat pasang mata memandang Aman.

"Kau tak reti tukar ringtone ke, mat?" Lutfi menggeleng. Dah dua tahun siAman pakai ringtone yang sama. Tak bosan ke?

Aman sengih. Telefon yang berbunyi tadi dah berhenti bunyinya, "Awat? Syok kot lagu dia. Why this kolaveri, kolaveri, kolaveri... di!"

"Kau ni sungguhlah taste pelik," komen Radzi pula.

"Apa yang peliknya? Aku bukan macam kau Radzi, minat dangdut ah ah!"

Serentak Lutfi berpaling ke tingkap belah kanan dan Danny berpaling ke tingkap belah kiri, masing-masing menahan tawa.

Teringat balik malam Jalinan Mesra waktu mereka tahun satu dulu. Radzi jadi insan terpilih kena naik atas pentas, fasi suruh buat persembahan. Dia boleh bantai nyanyi lagu Ramlah Ram, Selamat Jalan Romeo.

"Bangang, Aman! Bangang!" Carut Radzi yang duduk di antara Danny dan Lutfi.

Serentak ketawa mereka bergema di dalam kereta. Namun mereka tak sedar, kereta di depan mereka dah berhenti mengejut.

"Aman, brek!" Kasyaf yang tersedar, segera memberikan arahan!

Spontan Aman menekan brek dan mereka semua terlontar ke depan dek kerana inertia.

"Bangang apa kereta depan ni berhenti mengejut?!" Danny yang terpenyek hidungnya akibat berlanggar dengan kepala seat Kasyaf merengus.

Aman yang bengang terus keluar dari kereta. Tanpa mempedulikan kawan-kawannya yang masih merengek dan mengaduh kesakitan dia melangkah mendekati tempat pemandu kereta depan.

K.A.D.L.RWhere stories live. Discover now