Jimin POV
susuk tubuh namjoon hyung memasuki bilik ni dan aku terus berdiri. aku tahu hyung semestinya sedang keliru. pertukaran yoongi dan suga berlaku betul2 dpn dia. maksud aku, benda tadi tu mmg menakutkan.
Flashback
"Dia" balas yoongi hyung sepatah. Tetiba dia mengurut tekaknya. Nafas hyung turun naik. hyung nampak macam terlupa cara nk telan air liur sendiri. Juga terlupa bagaimana mahu bernafas.
"Hyung okay x?" Namjoon hyung bangun dari ddknya dan mendapatkan yoongi hyung.
Mata Yoongi hyung dipejam serapat boleh.
"Kau tahu x susah aku nk lupakn dia sbb makhluk2 yg direjam ni?!" Terhambur marah Yoongi hyung. Kesian namjoon hyung diherdik.
Tapi yg peliknya, urat2 biru semua timbul kat muka Yoongi hyung. Hyung nampak scary sangat. Aku hanya memerhatikan dari dalam bilik ni.
Namjoon hyung kelihatan sedikit takut. Lebih kepada terkejut dengan perubahan mendadak Yoongi hyung.
Muka Yoongi hyung sies warna biru. Urat sarafnya semua timbul. Tangannya digenggam ketat, bagai menahan sakit.
"Hyung? Hyung?! Yoongi hyung?!"
+++
"apa yg dorg tgh merepek tu hyung?" soal aku, pendangan berkalih kepada namjoon yg khusyuk memandang cermin yg ditinted penuh serius.
namjoon hyung sekadar mengangkat bahu. pandangan berfokus semula kepada yoongi hyung... ataupun suga.
aku tak kesah pasal suga lagi dh. dia tu baik orgnya. walaupun membunuh. tapi aku x pasti kenapa yoongi hyung takut sangat ngan suga tu.
tapi sekarang ni, yg menjadi misteri, kenapa pembunuh tu boleh ada kena mengena dengan yoongi hyung- maksud aku, suga, pulak?!
aishhhh... jangan2 suga cuba bunuh kitaorg sbb kitaorg treat dia mcm ntah pape ntah. kot. aku mana pasti. aku tgk dia elok je layan kitaorg yg tetakut dgn dia.
"hyung pasti ke suga boleh selesaikan masalah ni? betul ke suga tu boleh soal siasat pembunuh tu?" aku menunding jari telunjuk ke arah lelaki yang paling jahanam dalam dunia tu.
soalan soalan aku dibiarkan sepi. hyung terlampau serius dan fokus. aku mmg xleh kacau kalau dia dh start fokus.
Aku mula mendiamkan diri. Bilik ni sunyi sepi. Agak menakutkan sbb ada aura Namjoon hyung yang amatlah sies.
Tetiba kotak ingatan aku teringat pada Taehyung. Kembar aku. Hati aku tetiba sebak. Aku mengeluh. Hati aku terbakar.
'baik kau cungkil betul² apa yg pembunuh tu nk suga... Aku tak rasa aku ngan Namjoon hyung boleh bertahan lama lagi' aku bermonolog seraya menggenggam kemas telapak tangan aku yg berpeluh.
"Jimin" panggil Namjoon hyung.
"Ye?" Balasku pandangan berkalih kpd Namjoon hyung yg pandangannya langsung x berganjak dari cermin.
"Kalau penat, pergi tidur... Aku x paksa kau tunggu terconggok kat sini" Namjoon hyung langsung x memandang aku.
"Tapi... Hyung xpe ke sorg?" Aku bingkas berdiri.
"Suga kan ada"
"Hyung... Percaya dia?" Aku bagai x percaya ayat tu yg terkeluar dari mulut Namjoon hyung.
"Walaupun dia suga, dia tetap Yoongi hyung. Even Jin hyung dh approve si suga ni kan?" Kata kata itu menyentap kalbu aku.
"Sorry" aku meminta maaf di atas kekhilafan aku sendiri. Kalau aku boleh fikir positif tadi, tkkn Namjoon hyung yg jauh lagi pandai ni xleh.
YOU ARE READING
✔ ᴋᴇᴊᴀᴍ +ᴍʏɢ
Paranormal"Aku tak nak semua ni jadi tapi aku tak boleh kawal. Tetap salah aku ke?" Start: 4/2/2017 End: 1/10/2017 Cover made by : @aisykim