19

56 10 0
                                    

Hoseok POV

Flashback

aku mengiring ke kiri dan ke kanan. Aku langsung tak sedap badan bila Yoongi hyung cakap yang mungkin dia yang membunuh.

Aku langsung tak faham apa dia cuba cakapkan. Langsung tak faham apa point hyung bercakap macam tu.

Aku sebenarnya agak serba salah apabila terfikir yang Yoongi hyung dengar semua perbalahan aku. Aku bukan apa, hati aku cuma rasa tak sedap.

Aku cuba nak singkirkan segala perasaan sampah tu tapi, susah tahu tak?

Dalam hati Yoongi hyung, aku tahu ada taman indah yang berbunga bunga korang tahu tak?

Nampak je dia tu macam suram, tak bergaul, asyik nak tidur je... Tapi masalahnya dalam hati siapa tahu?

Aku sendiri masa mula mula jumpa suga, aku betul betul terperanjat. Nasib je tak tercirit tengok Yoongi hyung membunuh.

Aku mungkin tak tahu banyak pasal psikologi, tapi menurut fakta yang aku sendiri tak pasti, orang yang ada dua personaliti tak bermaksud dia tak sedar.

Apa apa pun, aku sememangnya tersangatlah tak selesa dengan pernyataan hyung tadi.

Aku menyerabaikan rambut aku. Tiba tiba, aku terindu belaian yang selama ni aku akan dapat sebelum tidur.

Rasanya, dah lama aku tak dibelai sebab terlalu sibuk. Balik rumah je, terus terlentang atas katil berdengkur macam apa ntah.

Adalah pernah sekali noona pergi rakam aku berdengkur. Dah lah masa tu banjir air liur basi kat bantal. Ish ish ish.

Tiba tiba, aku terdengar pintu dikuak. Aku menoleh. Susuk tubuh Taehyung memenuhi ruang penglihatan aku.

"Hyung tak tidur lagi?" Soalnya, duduk di atas birai katilku.

"Tak de lah, dah tidur pun. Dalam mimpi sekarang" aku menyapa dengan nada sarkastik. Aku bingkas bangun, duduk bersebelahan dengan Taehyung.

"Kan dah lewat ni?" Soal Taehyung, mengusap perlahan kepala aku.

"Hyung fikir pasal masa depan jelah" balasku, berasa selesa dengan sentuhan Taehyung.

"Uish sampai macam tu sekali hyung fikir?" Taehyung tertawa sambil tangannya masih galak mengusap perlahan rambutku.

"Kau pun sama je... Kenapa belum tidur lagi ni? Kata dah lewat?" Aku sedikit tertunduk kerana menikmati kenikmatan diusap oleh tangan besar Taehyung.

"Aku... Ehehe" Taehyung tersengih. Tangannya terhenti dari mengusap kepala aku.

"Kau kenapa? Kau buat apa tadi? Baik kau cakap" aku sedikit memaksa. Agak annoyed sebab Taehyung tiba tiba berhenti mengusap.

"Takde pape lah hyung. Aku penatlah nantilah aku--"

"Kau bau lain tae, bau tanah... Kau tahu yang aku sensitif bab bau kan?" Aku mengerutkan dahi.

"A..aku" Taehyung menelan liur. Dia tidak memandang aku.

"Kau sorokkan something dari aku kan?" Aku memandangnya tajam.

Sekali lagi, dia menelan liur. Memang betul dia ada sorokkan sesuatu ni.

"Tae, baik kau jujur dengan aku! Apa yang kau buat tadi?!" Aku meninggikan suara.

"Aku..a..aku tolong su..suga tadi" tergagap gagap Taehyung menjawab.

"Kau tolong dia apa?!" Aku tak faham, tapi aku betul betul berang sekarang.

✔ ᴋᴇᴊᴀᴍ +ᴍʏɢWhere stories live. Discover now