Yoongi POV
Hujan renyai-renyai dari arah tingkap aku pandang. Aku tersenyum. Semuanya dah berakhir. Mungkin.
Sejak aku lakukan penyeksaan tanpa perasaan dan penuh dendam tu, aku dah langsung tak nampak apa yang aku selalu nampak. Mungkin dorang dah bahagia dekat sana, menanti aku sekali.
Lepas pembunuhan tu, aku ditangkap. Sebab aku secara sengaja meninggalkan jejak untuk ditangkap. Aku memang nekad nak akhirkan keperitan kehidupan yang macam black coffee ni.
Aku tersenyum sendiri. Aku rasa tenang selepas apa yang dah berlaku. Aku rasa tenang sebab dorang dah tak mendesak aku untuk melakukan sesuatu yang aku benci.
Berkaitan dengan benci, aku akhirnya dapat bunuh suga dari dalam kepala aku. Memang betul apa yang aku sangka selama ni. Yang melakukan bukan dia tapi aku.
Aku yang salah. Aku yang sepatutnya bayar apa yang sepatutnya.
Tapi lepas apa yang dah jadi ni, mampukah aku? Lagi beberapa jam sahaja pengakhiran aku menghampiri dan aku masih boleh berfikir berkenaan perkara ni?
Heh.
+
Aku berjalan laju. Pekikan dari arah kiri dan kanan membingitkan telinga. Aku memang patut tinggal di sini.
Kat sini adalah neraka dan punca kenapa semua orang takut dengan orang gila.
Macam aku.
Mereka tak boleh berfikiran rasional dan mungkin tak ingat cara nak makan, minum, berak. Siapa tahu?
Aku ditarik dengan lebih kuat. Pergelangan tangan aku sudah lama melecet menyebabkan tangan aku berdarah.
Jujur aku kata, disebabkan darah ni bertindak seperti pelincir, aku memang boleh keluarkan dan masukkan semula tangan aku dari gari ni. Tapi aku pilih untuk tak buat.
Nanti, bukan pegawai ni yang kena marah, aku jugak yang dimakinya.
"Kau ni, betul ke bekas pegawai polis?" Soal salah seorang yang mengiringi aku.
"Aku bukan bekas. Aku masih ada lagi lencana aku" balas aku.
"Kau dah nak kena penjara pun masih cakap macam tu lagi?" Sengihnya.
"Orang tak guna macam kau ni tak layak nak lindungi orang lah"
"Orang sehipokrit kau pun tak layak nak lindungi orang" segera aku menjawab.
"Aku tak faham kenapa kau di hantar ke sini. Kau sepatutnya mati lebih awal"
"Aku pun nak mati awal. Jangan nak risau sangat"
Dia menelan liur.
"Takut ke?" Aku memprovok.
"Nak buat apa aku nak takut dengan kau?" Balasnya dengan nada was-was.
"Sebab kemungkinan untuk aku pelangkung kau dekat sini tinggi dari langit"
"Heh" dia menelan liur. "Tak yah nak tipu akulah" dia masih menahan macho.
"Kalau kau tak takut, kenapa tangan kau mengeletar? Kenapa kau telan air liur kau? Kau ingat aku tak perhati?"
Dia memandang aku. Kelihatan peluh dari dahinya menitik deras ke bawah.
"Panas ke?"
"Haah, kenapa?"
"Aku rasa orang kat sini letak aircond. Mungkin tak function"
"Mungkin"
Perbualan kami terhenti disitu. Pegawai tadi sudah mula takut dengan aku. Sudah mula takut dengan provokkan aku.
YOU ARE READING
✔ ᴋᴇᴊᴀᴍ +ᴍʏɢ
Paranormal"Aku tak nak semua ni jadi tapi aku tak boleh kawal. Tetap salah aku ke?" Start: 4/2/2017 End: 1/10/2017 Cover made by : @aisykim