22

49 5 6
                                    

Yoongi POV

Aku tersedar dari lamunan apabila ada seorang bercakap di belakang aku.

"Yoongi?" Panggilnya.

Aku menoleh ke belakang. Kelihatan keluarga Hoseok datang melawat dia. Aku hanya memberikan laluan supaya mereka dapat melihat gambar Hoseok yang berada di dalam cermin.

Selesai mereka berdoa, ayah Hoseok menepuk bahu aku. "Sabar ye"

Aku tak rasa aku yang patut sabar. Baru sahaja sebentar tadi abang jungkook mengamuk dan menumbuk aku. Katanya aku memang pembawa malang dan aku tak nafikan.

"Maafkan saya pakcik, makcik, akak" kata aku perlahan. Kalau saya tak demam masa tu.." ayat aku dipotong.

"Jangan salahkan diri sendiri. Ini semua ketentuan tuhan. Kita tak boleh nak halang" ayah Hoseok tersenyum kepada aku.

Dia memang betul-betul mengingatkan aku pada Hoseok.

"Kami balik dulu okay?" Sekali lagi, bahu aku ditepuk dan mereka melangkah pergi daripada bilik ini.

Aku menunduk 90 darjah kepada mereka dan tak semena-mena air mata aku jatuh.

'hyung' panggil mereka.

"Apa lagi kau nak?" Balas aku, berdiri tegak semula.

'maafkan kami' -jungkook

'kami banyak buat salah kat hyung' -taehyung.

'aku tak percayakan kau, hyung' -hoseok

'chim tak dapat nak selamatkan diri sendiri' -jimin

"Sudahlah tu korang, aku dah penat. Jumpa kat rumah" aku berjalan longlai keluar daripada bilik ini.

+

Unknown POV

Aku mengambil peralatan aku yang sudah berkarat akibat aku rendamkannya di dalam air.

Misi aku kali ni untuk membunuh suga. Kesayangan aku.

Apa-apa pun, aku perlu bersiap sedia untuk apa-apa kemungkinan sebab aku tak rasa yang Yoongi akan berdiam diri. Mungkin yang akan aku lawan bukan suga.

Siapa tahu?

Aku berjalan ke arah meja makan. Agak lapar selepas seharian memburu tempat di mana sepatutnya Yoongi berada.

Aku membuka penutup ramyeon cup yang sudah sejuk itu. Aku memerhati isi di dalamnya sudah ada semut dan telur lalat. Aku mengambil chopsticks besi aku yang entah bila aku basuh dan membuang segala haiwan di dalamnya.

Kemudian, tanpa rasa geli aku menghirup ramyeon yang terasa agak pelik itu.

Selesai menikmati ramyeon basi, aku berjalan ke arah kabinet dan merampas beberapa paket kerepek kentang yang sememangnya sudah tamat tarikh luput.

Aku duduk di atas sofa dan menikmati makanan yang baru aku ambil tadi.

'dasar pembunuh pengotor'

✔ ᴋᴇᴊᴀᴍ +ᴍʏɢWhere stories live. Discover now