MHP 2

33.3K 1.6K 172
                                    

Pintu kelas 5 Emerald diketuk sehingga menarik perhatian semua orang di dalam kelas.

Dalam kelas itu pun ada seorang guru.Mungkin guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu ? Papan putih pun penuh pasal Novel Tirani untuk komsas tingkatan 5.

Guru perempuan itu menghampiri aku.Ok..macam biasa.Aku tengok pin nama.

SURAYA

"Ni pelajar baru ke?" Soal Cikgu Suraya lembut.Semua mata di dalam kelas 5 Emerald masih memandangku membuatkan aku sedikit kekok dan malu.

"Ha'ah..saya pelajar baru" Aku tersenyum manis.

"Ouh..mari masuk" Tanpa membuang masa,kaki ku melangkah masuk ke dalam kelas.Senyuman masih terukir di bibir merah jambuku.

"Kenalkan diri kamu" Cikgu Suraya melabuhkan punggung di atas kerusi di meja guru.

"Hai,nama aku Ayreen Qaisara.Panggil aku Reen je" Ok aku tahu ianya ringkas.

"Ada soalan untuk Ayreen?" Soal cikgu Suraya kepada pelajar di dalam kelas.Tiba-tiba seorang pelajar lelaki mengangkat tangannya.Ouh..dia duduk dekat belakang Danish.Ehh..Danish??

Pelajar lelaki itu bangun dan menembak aku dua soalan.Wuh tembak?!

"Ada boyfriend kee?" Pelajar lelaki itu dah tembak satu.Senyuman nakal pula tidak lekang dari bibirnya.

"Tak ada" Balasku.Mindaku tiba-tiba teringatkan arwah Farhan yang pernah mencuri hati aku.

Ya,dia lah teman lelaki aku yang dah pergi buat selamanya.

"Nama penuh kau apa?" Soalnya lagi.Ha'ah kan.Lupa pulak nak sebut nama papa tadi.

"Nama penuh aku Ayreen Qaisara binti Hashim" Setelah soalannya dibalas,pelajar itu mula tersenyum-senyum.

"Izul,Izul" Cikgu Suraya menggeleng.

"Ada soalan lagi?" Guru muda itu memandang satu per satu anak muridnya.

Danish mengangkat tangannya.

"Ye Danish" Cikgu Suraya memandang Danish.

"Izinkan saya ke tandas" Mintanya.Cikgu Suraya mengangguk lalu dengan cepat Danish keluar untuk ke tandas.

Eh!

Aku fikir dia nak soal aku.Perasan betul kau Ayreen!

"Ok..kalau macam tu Ayreen.Kamu boleh duduk di sebelah Eliana" Kepala ku diangguk.Kaki ku pula terus diaturkan ke meja seorang pelajar perempuan yang bernama Eliana.Seorang pelajar perempuan yang manis bertudung tersenyum ke arahku kemudian dia memanggilku.Jadi dia lah Eliana dan deskmate/tablemate aku.

"Hye" Sapa Eliana mesra alam.Heks

"Hye" Aku tersenyum.Actually,aku ni bukan jenis mesra alam 'semesta'

"Nama aku Eliana Izzati.Panggil aku Eli je" Ok even aku tak minta dia kenalkan diri dia kat aku,tapi bagus lah.Tak payah aku nak tanya.

• • •

Bunyi sahaja loceng rehat,semua pelajar sudah berpusu-pusu keluar dari kelas.Ada juga yang kelam kabut mengemas barang walaupun guru di dalam kelas belum memberi kebenaran untuk ke kantin.

"Reen..jom rehat" Eliana sudah menarik-narik lenganku.

"Ok jap" Kotak pensel diletakkan di bawah meja.Selesai menyimpan buku-buku,kami berdua terus turun ke kantin.

"Kau memang selalu rehat sorang ke apa?" Aku mula menyoal.Ye lah,takkan lah aku dengan dia je.Kalau tak,mesti ada kawan dia lagi yang rehat sekali dengan kami berdua.

"Huh?Ermm..aku ni baru je masuk sekolah ni haritu.Baru je" Eliana sudah tersengih sehingga menampakkan baris giginya yang putih.

Aku membalas dengan anggukan di kepala.

Tiba-tiba langkah Eliana terhenti begitu juga dengan aku.Kepala ku yang dari tadi tertunduk memandang tangga terus diangkat.Apa?Aku ni kadang-kadang kalau turun tangga,memang pandang tangga je.Mana lah tahu tersilap langkah.

Angkat sahaja kepala,mataku memandang dua orang lelaki yang sedang menahan jalan kami berdua untuk ke kantin.Eh eh diorang ni,aku tengah lapar kot.Dah tahu badan tu besar tak payah lah nak sekat jalan orang.Jealous la tu dengan orang kurus!

"Hai" Sapa salah seorang daripada mereka berdua.Tetapi aku dan Eliana hanya memberikan 'bluetick' .

"Kor-" Baru aku nak bersuara,tiba-tiba seseorang bersuara terlebih dahulu.

"Ehem..Tak reti nak turun ke kantin ke?" Seseorang di belakang aku dan Eliana bersuara.Suara ni macam aku baru kenal tadi.Kepalaku terus ditoleh ke belakang.Haih..walaupun baru sehari jumpa.Aku dah muak tengok muka dia.

"Aku tahu lah aku handsome.Tak perlu tenung" Ujar Danish selamba badak.Choyy..Perasan gila mamat ni.

Jelingan tajam terus diberikan kepada Danish.Kepala ditoleh ke hadapan semula.

Dua orang lelaki yang halang laluan aku dan Eliana sudah tiada.Takkan takut dengan Danish kot.









"Eli,kau ada boyfriend tak?" Eliana yang baru ingin memasukkan nasi ke dalam mulut memandangku.Sudu diletakkan semula lalu tudungnya dibetulkan.

"Tak ada..tapi aku ada crush" Tuturnya teruja.Kalau korang tengok,kitaorang ni dah macam bertahun-tahun kenal.

"Siapa?"

"Ermm,jangan cerita orang tau" Kepalaku diangguk laju.Eliana terus membisikkan nama lelaki itu membuatkam bibirku automatik mengukir senyuman nakal.

Clue dia,nama tu ada enam huruf.Nama kedua dia ada enam huruf jugak.Akhir nama dia huruf R.Alaa..senang je.Mesti dah dapat.



TBC

Mr.Headprefect Poyo [Edit]Where stories live. Discover now