MHP 31

15.5K 935 65
                                    

Dari tadi aku masih mendiamkan diri.Langsung tiada suara atau gelak-tawa daripada aku.

Entah kenapa, bila tengok Danish rawat luka Misha, aku rasa macam tak suka.

Menyampah pun ada.

Aku suka Danish ke?

Mustahil!

Lepas aku suap Danish biskut, kumpulan Misha pula yang keluar dari hutan.Dan aku tengok Misha tu pun jalan terhinjut-hinjut.Aku dengar cerita yang Misha terjatuh masa turun cerun.

Firdaus nak rawatkan kaki dia tapi dia tak nak.Dia nak Danish yang rawatkan.Jadi bila dah keluar hutan baru kaki dia yang terseliuh tu dirawat.

Dirawat oleh siapa?

Oleh Danish.

"Auch ! aw ! You sakit lah." Rengek Misha. Aku tidak mengendahkannya. Malas nak heran.

Dari jauh, aku sudah nampak Misha tersenyum sinis ke arahku. Boleh agak dah.

Dia memang sengaja !

•••

Aku menyarungkan tudung bawal berwarna biru gelap. Malam ni ada night walk dan aku tak tahu kenapa dari tadi aku tak sedap hati.

Aku sedaya upaya menepis perasaan itu.InshaAllah tak jadi apa-apa Ayreen!

"Weh jom berkumpul." Fatin menarik tanganku.Eliana, Siti, Izzah dan Tisya dah pergi tapak untuk berkumpul dah.Kitaorang dua je yang lambat sekarang ni.

"Lambat!" Eliana menjeling setelah kami berdua duduk di dalam kumpulan.

"So, korang akan gunakan torchlight bila masuk.Tapi kalau korang dengar je bunyi siren ni...." Abang Khairul membuka siren kemudian ditutup.

"Automatik lampu perlu ditutup.Faham?" Kami semua mengangguk dengan arahan abang Khairul. Setelah itu, kami bangun bersama torchlight di tangan.

Tiba-tiba aku berdebar balik. Kenapa kau ni Ayreen?

"Ayreen, kau nak masuk ke tak nak?" Soal Siti sekaligus menghentikan lamunan ku.Dia terus menarikku untuk berjalan.

Selepas beberapa minit,bunyi siren membuatkan kami segera menutup torchlight.Gelap? Kau rasa?

Eliana yang berjalan di sebelahku dipandang sekilas. Lengannya dicapai.

"Reen? kau ok tak?" Soal Eliana. Mungkin dia hairan bila aku tiba-tiba memegang lengannya.

Mendengar soalan daripada Eliana membuatkan aku hanya megangguk perlahan walaupun aku tahu dia tak berapa nampak.

"Weh rehat lah dulu.Aku sakit kaki ni" Siti mengeluh lalu duduk setelah diberi rehat oleh Danish.Aku tengok Danish ni kalau dekat sekolah, dia macam bukan ketua pengawas.

Tapi sekarang aku baru nampak Danish Izmeer yang bertanggungjawab.

Jam ditangan dipandang, awal lagi. Jadi aku membuat keputusan untuk melelapkan mata.Tidur sekejap pun takpe lah.

Setelah beberapa minit berlalu, mata dibuka. Aku menggsosok mata kemudian memandang keliling. Eh! Mana yang lain?

Jangan cakap.

Aku kena tinggal sebab diorang tak perasan.

Pipi ku ditampar.Sakit.So aku tak mimpi yang aku kena tinggal lah ni?

"Mama!" Aku mula menggelabah.Peluh mula mengalir.

Kalau nak tunggu kot-kot kumpulan lain lalu, memang tak lah! Kitaorang kumpulan terakhir yang bergerak.

Mr.Headprefect Poyo [Edit]Where stories live. Discover now