MHP 55

13K 777 313
                                    

Pelajar 5 Emerald dan 5 Bronze berpusu-pusu keluar dari dewan setelah menduduki peperiksaan matematik tambahan. Macam-macam riak dapat dilihat pada wajah masing-masing. Ada yang tersenyum gembira, ada yang sudah merancang ingin bercuti dan ada juga adengan air mata kerana hari ini merupakan hari terakhir sekolah.

"Freedom!" Jerit Kamarul dan Faris. Tangan digenggam dan diangkat setinggi-tingginya. Aku yang memerhati hanya menggeleng padahal dalam hati tidak terucap betapa leganya apabila SPM sudah tamat.

Tetapi, hati aku juga sayu nak tinggalkan sekolah ni. Walaupun hanya setahun di sini, banyak kenangan yang tak mampu nak diceritakan.

Dan, korang tak rasa sedih ke lepas ni Mr.Headprefect Poyo dah nak masuk versi dimana kitaorang dah mula belajar di kolej? Bukan di sekolah lagi.

Aku nak nangis!

"Hai bunga-bunga sekalian." Tegur Hariz dengan senyuman lebar. Ammar, Hakimi, Kamarul dan Faris dibelakangnya juga tersenyum gembira.

"Mana Danish?" Soal Siti.

"Dia dekat garaj kereta. Mummy dia call." Balas Ammar. Matanya mencuri-curi memandangku yang tidak menunjukkan apa-apa reaksi.

Ting!

Aryan busuk 💙
Kak kitaorang otw nak ambik!

Mesej daripada Aryan dipandang sekilas sebelum aku meminta diri untuk pulang. Eliana, Tisya, Siti, Izzah dan Fatin dipeluk erat. Bakal merindui segala benda yang berlaku di sini. Di Sekolah Menengah Kebangsaan Damai.

"Lepasni dah tak ada lah pengawas singa." Usik Hakimi. Aku mencebik. Pengawas macam ni juga lah yang baik dan banyak membantu tau! Dah lah comel...

"Aku balik dulu. Jaga diri korang!" Air mata mula bertakung. Setiap bangunan dipandang sebelum kaki melangkah menghampiri pagar utama sekolah.

"Ayreen."

Danish berjalan menghampiriku. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Nak balik dah ke?" Kening dijongket ke atas. Aku mengangguk. Kereta papa yang sudah berhenti di hadapan pagar sekolah mengalihkan perhatian aku dan Danish.

"Nah." Danish menghulurkan bungkusan coklat kepadaku. Terkebil-kebil aku menerima hulurannya. Bila diingatkan balik, di pagar ni lah aku dan Danish pertama kali bertemu. Di tempat kami berpijak sekarang. Tempat kami bertemu dan berpisah.

Over lah kau ni Ayreen!

"Jaga diri. Apa-apa call aku." Pesan Danish. Kepalaku diangguk sebelum melangkah ke arah kereta. Bungkusan coklat yang diberi tadi dipandang dengan senyuman.

•••

"Kita pergi bercuti nak tak?" Cadang Aryan. Aku yang duduk di sebelahnya ditoleh. Meminta pendapat.

Gelengan diberikan. Aku nak duduk rumah puas-puas! Dah berapa minggu aku tak dating dengan katil kerana kerap tidur lewat.

"Memang mama dengan aunty Adhia cadang nak pergi bercuti pun." Mama mencelah. Mataku pula sudah terbuntang.

Dengan aunty Adhia?

Mr.Headprefect Poyo [Edit]Where stories live. Discover now