MHP 16

25K 1.2K 88
                                    

Punggung dihenyak di atas kerusi kemudian mata dipejam rapat.Nafasku sudah tidak teratur.Kepala yang pening itu dipicit perlahan.

"Kenapa aku ni degil sangat?" Aku berdesis seorang diri.Tiba-tiba Danish menghampiri tempat yang aku duduk dengan senyuman herot di bibirnya.

"Tu lah kau.Tadi bukan main berlagak." Tuturnya sinis tetapi aku tidak mengendahkannya.Aku nak plastik sekarang ni!

"Lain kali kalau tak berani,tak payah acah berani." Sekali lagi Danish mencuba untuk memanaskan hati aku yang memang dah nak menggelegak ni.Aku cuba membuka mata lalu memandangnya tajam.

"Eh! kau diam boleh tak? Suara kau tu buat telinga aku ni nak sakit tau?!" Balasku geram.Punggung diangkat dari duduk sebelum kaki laju melangkah meninggalkan semua orang.Kepala yang dari tadi berpusing tidak dihiraukan.Aku nak termuntah!

"Dah tau pengecut tu tak payah acah!!" Jerit Danish tetapi aku hanya meneruskan langkah.Tak ada masa nak layan dia.

Danish's POV

Ayreen yang langsung tidak menghiraukan aku itu dipandang lama.Aku tahu dia tengah tak okay sekarang.

Dan aku tahu dia phobia dengan tempat tinggi.

"Bodoh kau Danish." Kataku perlahan.

Aku duduk di atas kerusi yang menjadi tempat duduk Ayreen tadi.Wajah diraup perlahan.Tiba-tiba nama seseorang menerjah di mindaku.

Farhan..Farhan..Farhan.

"Mana janji kau Danish?" Soalku sendiri.Ayat Farhan dulu kembali melayar di ingatan.

"Kalau kau ada dengan dia, aku minta jangan sesekali pun bagi dia naik benda tinggi."

"Ye ye.Kan kau pernah cakap,girlfriend kesayangan kau tu phobia tempat tinggi."

Ayreen yang sudah jauh dipandang redup.Lantak dia lah.Dah tahu diri tu ada phobia, nak jugak deal dengan aku.Degil!

• • •

"Weh! nak pergi mana pulak ni?" Eliana mengerutkan dahi.Siti hanya mengangkat bahu begitu juga dengan Izzah.Aku hanya mampu mengikut mereka.Tak larat nak bercakap.

"Hai!" Sapa Ammar mesra.Tiba-tiba je dia ni.

"Hai."

"Korang nak pergi mana lepas ni?" Ammar memandang aku.Aku pula hanya membalas dengan mengangkat bahu tanda tidak tahu.Tanpa memikirkan apa-apa,aku terus duduk mencangkung kemudian wajah diraup.Pening di kepala masih belum hilang.

Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?

Sudah semestinya tidak!

"Err,er..Am..teman aku boleh tak?" Eliana bersuara.Ammar sudah mengerutkan dahinya tanda hairan dengan Eliana.

Gadis itu mengeluh kecil.Dia terus menarik baju Putera Ammar yang dahinya masih dikerut.Siti dan Izzah juga mengikuti mereka dari belakang.

Aku yang baru sahaja mengangkat kepala terkebil-kebil memandang mereka berempat yang sudah berjalan jauh.

Diorang tinggal aku?

"Sian.Kena tinggal." Danish tersenyum mengejek.Ceh! Dia pun kena tinggal.Tak sedar diri betul.

"Kisah pulak aku." Balasku malas sebelum berdiri dari mencangkung dan berjalan meninggalkan Danish Izmeer.

Mr.Headprefect Poyo [Edit]Where stories live. Discover now