MHP 27

19.3K 1K 82
                                    

Aku masuk ke dalam bilik pengawas.Pintu pula ditutup kasar.Aku ingat budak tu baik.Rupanya perangai macam babun.Ergh! Patut masuk Zoo je.




Aku,Eliana,Siti dan Izzah masuk ke kawasan kantin.Lapar der.

Dengan semangat aku berjalan untuk ke tempat membeli, tiba-tiba seseorang melanggarku sehingga makanannya selamat mendarat di baju aku yang berwarna biru.Paling tak boleh blah,telur kuning yang cair elok melekat pada baju.

Aku mendengus geram.Jalan pakai mata ke pakai kuku?

Kepala diangkat sehingga mataku menangkap figura Izara yang sedang tersenyum sinis.

"Sorry kak Ayreen.Sengaja" Dengan senyuman sinis yang tidak lekang di bibirnya, Izara berjalan meninggalkan aku.Tak guna punya budak!




Tiba-tiba pintu bilik pengawas dibuka oleh seseorang.Kelihatan Emisha masuk ke dalam bilik pengawas dengan wajah ketat.Dia memandangku sebelum satu jelingan tajam diberikan.Gadis itu kemudiannya duduk di atas sofa dengan kasar.Dah kenapa ulat bulu ni? Aku tak cari pasal pun nak jeling-jeling.

"Apa tengok-tengok?!" Misha sekali lagi menjeling membuatkan dahiku berkerut.Siapa tengok dia? Aku tengok bantal emoji smile yang dah macam penyet sebab Misha duduk atas dia.Perasan je lebih huh!

"Perasan!" Aku membalas jelingan.

"Eee! kau diam lah.Sebab kau lah aku kena lucut jawatan penolong ketua pengawas."

"Yang muka kau tiba-tiba masam macam limau ni dah kenapa ? Kena tukar jawatan je kot.Itu pun nak tarik muka bagai." Muka menyampah aku tayangkan.

"Ikut suka hati aku lah nak masam muka.Aku geram dengan budak Izara tu! Danish sekarang asyik layan dia je.Kalau aku ajak Danish keluar, macam-macam alasan dia bagi.Tengok-tengok keluar dengan betina tu.Korang dua ni memang sama je.Perampas!" Katanya geram.Tak pasal-pasal dia samakan aku dengan Izara tu.Gila punya ulat bulu!

"Ouh. Hah! Kau sebenarnya kenal ke Izara tu siapa? Sebab dia tu pun selalu cari pasal dengan aku" Dahi dikerut.Misha memandangku hairan lalu mengeluh.

"Kau punya lah rapat dengan Izz.Tapi takkan kau tak tahu? Ouh lupa pula,kau kan lembab.Kalau kau nak tahu,Izara tu adik Izz" Jawapan yang keluar daripada mulut Misha automatik membuatkan aku terdiam .Adik Izz? Abang punya lah baik.Kenapa adik macam kambing je perangai?

"Dah lah.Aku nak keluar.Panas aku duduk sini.Semuanya sebab ada kau." Misha terus keluar dari bilik pengawas.

Izara jadi macam tu dengan aku sebab Danish juga ke?

•••

Siti's POV

Aku duduk di atas kerusi di taman permainan perumahan.Mata pula memandang sekeliling taman.Pandanganku terhenti pada susuk tubuh lelaki yang sedang sibuk mendengar lagu sambil bermain handphone di kerusi hujung.

"Siti!" Jerit Ayreen sambil berlari ke arahku.Nafasnya tercungap-cungap.Laju sahaja dia mengambil tempat di sebelahku.

"Sorry lambat."

Mr.Headprefect Poyo [Edit]Where stories live. Discover now