MHP 20

25.2K 1.2K 122
                                    

Danish's POV

Punggung dilabuhkan di tepi kolam renang rumah sebelum aku melepaskan keluhan kecil.Dah lah tadi banyak kali kena kacau dengan kucing Ayreen tu.

Aku bukan apa,cuma aku ada ailurophobia.

"Danish nak kucing yang macam mana?" Soal Datin Adhia.

"Nish nak ucing yang anyak ulu (banyak bulu/bulu tebal lah)" Jawab seorang budak kecil yang baru mencecah tiga tahun itu.

"Hahaha.Banyak bulu? Nanti mummy belikan kucing macam tu" Jawapan Datin Adhia membuatkan anak kecil itu atau namanya Danish bersorak gembira.

Seminggu selepas itu, Danish seharian bermain dengan kucingnya yang dinamakan Jerry.

"Auchh!!Jerryyy sakitlahhh!!" Jerit Danish.Tangannya yang digigit Jerry ditarik lalu dia menangis.

"Danish tak suka Jerry!" Datin Adhia yang mendengar jeritan itu terus ke ruang tamu.Dia meluru ke arah Danish yang sedang menangis kemudian ubat diambil untuk disapu di tangan kecil milik Danish.

Selepas dua hari..

Danish semakin menjauhkan dirinya dengan Jerry.Dia pernah cakap dekat Datin Adhia..

'Mummy,buang Jerry tu.Jerry tu jahat! Dia gigit Nish!'

Danish berjalan dan duduk di tepi kolam rumahnya.Tiba- tiba,Jerry melompat ke belakang badan yang kecil milik Danish membuatkan badan kecil itu hilang imbangan dan terjatuh ke dalam kolam renang yang agak dalam.

Dan sejak itu lah, aku ada ailurophobia.

Mungkin korang rasa aku dah besar, jadi tak payah nak takut dengan kucing.

Tapi bagi aku susah nak hilangkan phobia.

Apa benda yang berbulu dekat kaki ni?!

Perlahan-lahan aku menunduk ke bawah,mata pula memandang seekor kucing berwarna putih yang bersih itu.Nak lari ke? Nanti dia kejar macam mana?

Dan akhirnya,aku hanya berdiri tegak di situ.Langsung tidak bergerak.Dah macam patung duh!

Meow!

"Danish,kuicng ni bukannya nak bunuh kamu pun." Mummy tergelak.Mataku automatik memandang mummy dengan pandangan tidak berpuas hati.Sengaja ke apa?

• • •

Back to Ayreen's POV

Keluhan dilepaskan.Mata pula masih memandang tempat tidur Milo di dalam bilik.Rindu nak main dengan Milo!

Aku menukar posisi baring kepada meniarap di atas katil.Nak buat apa eh? Kerja sekolah semua dah siap.

Aku sekali lagi mengeluh.Bosan!

Handphone milikku dicapai lalu aplikasi Whatsapp dibuka.Mesej daripada nombor yang tidak dikenali ditekan.Siapa ni?

+60 123456786
Hai awak

You
Hye? 🌚
Do i know you?

+60 123456786
Saya peminat awak 😍

Mr.Headprefect Poyo [Edit]Where stories live. Discover now