MHP 45

16.8K 987 214
                                    

Aku keluar dari bilik.Rambut yang panjang diikat kemudian bilik Aryan dituju.Budak ni dah lah susah nak bangun.Tapi tak apa, kalau dia tak nak bangun juga, ada lah rancangan aku.

"Yan!! Bangun!" Jeritku sambil mengetuk pintu biliknya.Senyap, masih tiada sahutan daripada Aryan.

"Aryan!!" Aku menguatkan ketukan di pintu. Budak ni memang tidur mati.Susah betul nak bangun.

Tombol pintu biliknya dipulas.Bagus! Tak berkunci.Terima kasih sebab senangkan kerja aku.

Masuk sahaja ke dalam bilik Aryan, bulu roma ku naik mencacak kerana suhu bilik Aryan yang begitu sejuk. Aku memandang Aryan, kelihatan dia masih tidur dengan nyenyak.

"Aryan Qalish! Bangun lah!!" Jeritku di tepi telinganya.Aryan yang mendengar jeritanku terus menarik comforter sehingga menutupi satu badan.Mataku memandang ke arah jam di dalam biliknya.Dah pukul 5 pagi, budak ni..tak boleh jadi!

Aku memandang ke arah gitar milik Aryan kemudian bibir mengukir senyuman sinis.Kau sayang baby kau ni kan, Yan?

"Yan! akak terjatuhkan guitar kau!" Sekali lagi aku menjerit di tepi telinganya.Aryan terus membuka mata.Dia bangun dari posisi baring kemudian gitar kesayangnnya dipandang.

Aku memandang Aryan tidak percaya.Betul-betul menjadi rupanya taktik along untuk kejutkan Aryan ni.Mula-mula haritu, aku memang tak percaya dengan rahsia along untuk kejutkan Aryan ni.

"Eh dah lah, Yan. Turun sahur!" Kepala Aryan ditolak perlahan.Aryan sudah memandangku tajam kerana menipunya.

Nak buat macam mana, itu je taktik yang along bagitahu untuk kejutkan dia.

•••

Handphone yang berada di atas meja lampu dicapai.Badan dibaringkan di atas katil.Mesej daripada Danish dibuka.

Danish 💗
Princess, mummy ajak family kau buka puasa dekat rumah aku.

You
Nanti aku bagitahu mama

Danish 💗
Ok sayang

Aku mengukirkan senyuman di bibir.Kau tak pernah gagal buat aku senyum, Danish.

Aplikasi itu terus ditutup. Aku melangkah keluar dari bilik kemudian berjalan turun ke tingkat bawah. Mata melilau mencari kelibat mama tetapi tidak jumpa.

"Cari apa?" Soal Aryan yang tiba-tiba muncul entah dari mana. Kepalaku digaru.

"Mama."

"Ouh, mama dekat tingkat 3. Buat apa entah." Jawabnya sebelum berjalan ke arah dapur. Peti ais dibuka.

"Yan? Buat apa?"

" Cari makanan lah. Lapar." Ujarnya. Tangannya sudah membawa keluar plastik coklat Cadbury dari dalam peti.

Aku memandang Aryan dengan kerutan di dahi. Cari makanan?

"What?" Aryan mula hairan.

"Kau tak puasa ke?"

"Eh!" Coklat Cadbury tadi disimpan semula lalu peti ais ditutup. Aryan tersengih sebelum belakang tengkuknya digosok.

"Korang dua buat apa kat dapur ni?"

Aku dan Aryan serentak menoleh ke arah mama yang tiba di dapur. Aryan mengalihkan pandangan ke arahku kemudian memandang mama semula.

Mr.Headprefect Poyo [Edit]Where stories live. Discover now