MHP 40

18.5K 1.1K 399
                                    

Kaki melangkah masuk ke perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Damai.Aku memandang barang-barang yang dibawa kemudian keluhan kecil dilepaskan.Lenguh lah bawa barang-barang jualan ni.Berat sangat.

Dah la kena bawa dengan beg galas lagi, pakaian salin lagi.Kalau boleh aku tak nak datang.Tapi terpaksa sebab aku ambil bahagian jualan.

"Ayreen!" Pandanganku terus beralih ke arah Eliana Izzati yang berada di dewan terbuka sekolah.Senyuman kecil dilemparkan kemudian kaki ku laju melangkah ke arahnya.

"Urgh! berat!" Aku duduk disebelah Eliana.Barang-barang yang aku bawa tadi diletak dengan kasar.Tangan aku ni rasa macam nak tercabut seh!

Ouh ya,harini merupakan hari kokurikulum dan keusahawanan.Sebab tu la terpaksa bawa barang-barang ni.

Nak tahu unit beruniform kitaorang apa? Meh Ayreen Qaisara bagitahu.

Aku,Eliana,Danish dan Ammar.Kitaorang Kadet Polis.Aku geram lah juga sebab unit beruniform dan rumah sukan yang aku masuk, ada je ketua pengawas poyo tu!

Kalau KRS (Kadet Remaja Sekolah) pula, Tisya,Fatin,Kamarul dan Hariz.

Seterusnya, Siti,Izzah,Hakimi dan Faris pula Pengakap.Tak lupa juga dengan Izz.Izz pun pengakap.

"Lepasni aktiviti mara lasak kan?" Aku mengangkat sebelah kening.Eliana yang sibuk dengan handphone miliknya menganggukkan kepala.

"Wahai Eliana Izzati, kita terlibat dengan aktiviti mara lasak kan?" Dengan sengaja aku menyoal kepada Eliana yang masih sibuk menghadap skrin handphone.

"Eh haah la.Jom jom jom!" Tanganku ditarik Eliana.

•••

"Sekarang saya nak kamu ber- " Kata-kata cikgu Fatin terhenti apabila handphone miliknya berbunyi.

"Eh Danish dan Ayreen, tolong cikgu handle. Arahkan siapa yang masuk aktiviti mara lasak tu bergerak ke tempat aktiviti.Saya nak angkat call jap." Cikgu Fatin terus meninggalkan ahli kadet polis.Kenapa mesti aku dengan Danish?

"Reen, kau handle lah." Danish memandangku yang sedang mengerutkan dahi.Eh eh mamat ni, asal aku pula? Cikgu Fatin minta tolong Danish dan Ayreen! Bukannya cikgu suruh aku sorang.

"Tak ada tak ada.Cikgu minta tolong kau sekali kan? So,tak payah nak goyang kaki . Kau suruh aku habistu kau nak buat apa je? Duduk tengok je? Baik tak payah jadi ketua pengawas.Tak bertanggungjawab langsung.Asyik aku je." Bebel ku.Aku tahu, Danish buat-buat tak dengar dengan bebelan aku ni.

"Eh dah lah.Bising lah mulut kau ni."

"Abang Danish, kak Ayreen, bila kitaorang boleh bergerak ni?" Soal seorang pelajar tingkatan dua.Mara lasak ni bukan semua ahli terlibat.

"Ouh ha, yang terlibat dengan mara lasak tu berdiri lah.Takkan nak mengesot pula?" Aku mengerutkan dahi.Semua yang terlibat mula berdiri.

"Kau ni Ayreen, tak reti nak cakap elok-elok ke?" Danish menggeleng.Aku memandangnya seperti tiada perasaan.

"Ha habistu? Kau handle lah." Bola mata diguling ke atas.Geram dengan Danish!

•••

"Jadi sekarang, korang semua nampak lumpur tu?" Soal cikgu Ismail.Kami semua menganggukkan kepala. Aku memandang lumpur itu kemudian beralih ke arah jaring.Perlu ke masuk dalam jaring tu??

Mr.Headprefect Poyo [Edit]Where stories live. Discover now