MHP 47

16.4K 782 127
                                    

Hari ini merupakan hari terakhir sebelum umat islam meninggalkan bulan ramadhan. Masing-masing sibuk membuat persiapan hari raya atau pulang ke kampung halaman.

"Sara! Cepatlah angkat beg ni. Lambat betul lah nak bersiap pun." Rungut Aryan. Aku yang baru tiba di tingkat bawah menjelingnya tajam.

"Yan angkat lah sendiri beg Yan tu. Kalau boleh angkat beg Sara sekali." Aryan mengulingkan biji matanya.

"Korang ni pasal angkat beg pun nak gaduh ke? Sara, kau angkat beg mama ni. Aryan pula angkat beg along dengan papa. Thank you." Kak Aryna terus menyarungkan kasut dan masuk ke dalam perut kereta. Aku dan Aryan terlopong melihat along yang hanya goyang kaki di dalam kereta.Ni memang tak adil!

Perjalanan dari Shah Alam ke Pahang yang mengambil masa selama 3 jam lebih itu membuatkan aku sedikit bosan di dalam kereta. Aryan yang sibuk dengan PUBG dikerling. Tak pening ke main phone dalam kereta?

Pandanganku beralih ke arah along di sebelah Aryan yang sedang mengambil gambar pemandangan luar. Nak letak dekat instagram story la tu.

Aku mengeluh kecil. Badan disandar kemudian kelopak mata perlahan-lahan ditutup. Ngantuk!

Danish's POV

Ayreen Qaisara 💜
Last seen today at 9:30 AM

Bibirku dicebik kecil. Jam sekarang yang sudah menunjukkan pukul 11.45 pagi dipandang. Baru ingat nak telefon. Rindu.

"Danish!" Kepala didongak untuk memandang gerangan yang memanggil. Aiman iaitu sepupu ku yang sudah berada di atas motor dipandang dengan kerutan.

"Nak pergi mana?"

"Opah suruh beli santan. Jom lah! Alang-alang aku bawa pusing satu kampung."

Mendengar sahaja ajakannya itu, aku memandang cahaya matahari yang mula panas terik. Mata dikelip berkali-kali sebelum aku menggelengkan kepala.

"Tak nak lah. Penat."

"Budak bandar memang macam ni ke duh?" Soal Aiman. Dia sudah memeluk tubuh.

"Woi kau elok sikit." Mikaell yang baru keluar dari rumah mencelah.

"Alo ye la ye la. Baru nak ajak pusing kampung." Lelaki itu akhirnya mengalah.

"Lain kali lah. " Celah Mikaell. Aku hanya melepaskan ketawa kecil.

Back to Ayreen's POV

"Kak!!"

"Sara!!"

"AYREEN QAISARA!"

Mataku perlahan-lahan terbuka. Aryan yang berada di sebelah dipandang dengan kerutan. Budak ni rupanya yang terjerit-jerit panggil aku. Sakit telinga aku dibuatnya.

"Bangunlah. Dah sampai." Tangan Aryan laju menampar lenganku supaya bangun dari tidur. Aku mendengus perlahan. Pintu dibuka lalu aku melangkah keluar dari kereta.

"Assalamualaikum." Langkah kanan diayunkan untuk masuk ke dalam rumah. Mana mama? mana nenek? mana orang lain?

Langkahku terhenti apabila ternampak kelibat 'dia'. Ya, DIA!

Mr.Headprefect Poyo [Edit]Where stories live. Discover now