MHP 59

9.3K 658 113
                                    

Danish's POV

Pintu kereta ditutup rapat. Aku memandang wajahku di cermin tingkap kereta untuk memastikan segalanya terurus. Rambut dibetulkan sebelum langkah diaturkan ke dewan kuliah.

"Pagi-pagi dah ada bala." Bisikku perlahan. Mia Eryna yang menyandarkan badannya pada keretaku dipandang dingin. Apa benda lah pagi-pagi nampak perempuan ni? Nampak Ayreen tak apa lah juga.

"Good morning, handsome boy." Ucap gadis itu dengan senyuman mesra. Tanpa melengahkan masa lagi, aku terus berjalan meninggalkannya di belakang.

Langkahku terhenti.

"Jangan sandar kat kereta aku tu. Kotor nanti." Ujarku dingin kemudian kembali melangkah meninggalkan Mia.

"Danish! Kejap la." Mia mengejarku. Lenganku juga ditarik gadis itu membuatkan aku menepis kasar.

"Er sorry I terpegang. You habis kelas pagi pukul berapa?" Soalnya.

"Around 10 a.m." Balasku malas.

"Nanti lunch sama-sama nak tak? I belanja you. I pun habis kelas pukul 10." Mia menayangkan senyuman teruja. Aku menggulingkan bola mata.

"Daripada aku keluar makan dengan kau, baik aku keluar dengan girlfriend aku." Senyuman sinis terukir membuatkan wajah teruja Mia serta-merta berubah kelat.

Back to Ayreen's POV

"Psstt... Reen." Anis mencuit lenganku menggunakan pen membuatkan aku mengangkat kepala dan memandangnya. Kening sebelah diangkat.

Anis menunjuk ke hadapan menggunakan sebatang pen yang dipegangnya. Aku yang agak hairan turut menoleh ke hadapan.

Keluhan kecil dilepaskan apabila ternampak susuk tubuh seorang gadis yang bernama Mia Eryna.

Kenapa pagi ni kelas dia sama dengan aku?

Aku bukan benci Mia. Semalam ada lah niat nak berkenalkan dengan dia.

Tapi bila nampak dia terhegeh-hegeh dekat tunang aku..








Terima kasih je la.

"Next week, I nak tengok pembentangan kamu semua. Tiada penambahan hari untuk siapkan tugasan ni ye..."

"Seriously next week? Ingat aku duduk rumah goyang kaki ke?" Bebel Dania. Raut wajahnya sudah berubah masam mencuka.

Aku pun terfikir juga. Harini dah hari Khamis. Dr. Hasanah nak pembentangan minggu hadapan. Kemungkinan hari Selasa dan Rabu sebab kelasnya ada pada hari itu.

"I ada dengar yang Mia Eryna ni cekap dalam mengendalikan presentation dan teamwork." Dr. Hasanah tersenyum begitu juga dengan Mia. Gadis itu bila dah dipuji memang senyum sampai ke telinga lah jawabnya. Kembang kempis je hidung tu aku tengok.

"You too, Ayreen Qaisara. I suka cara you bentang tugasan. I hope next week boleh buat yang terbaik." Puji Dr. Hasanah kepadaku. Anis dan Dania di sebelah sudah mula mengusik. Senyuman bangga Mia pula serta-merta hilang setelah aku dipuji Dr. Hasanah.

"Eh aku geram je dengan minah tu. Ingat dia power sangat ke?" Dania menggulingkan biji matanya. Geram apabila melihat Mia menjeling Ayreen.

Mr.Headprefect Poyo [Edit]Where stories live. Discover now