MHP 48

18.4K 859 260
                                    

Ehh before korang start baca...

First of all, i'm so sorry sebab lambat update. Bukan apa, cuma rasa MHP ni cliche plus cara penulisan teruk 😔

Last year, i tinggalkan wattpad for 1 year and tahun ni baru active balik. So skill penulisan pun dah hilang.
Sometimes rasa nak unpublish ') tapi kesian yang tunggu new update

Anyway, selamat membaca ❤️

•••




Papp!!

Pelajar kelas 5 Emerald yang ketiadaan guru itu akhirnya senyap. Semua mata tertumpu ke arah Izzah yang baru mengetuk mejanya sehingga menarik perhatian semua orang.

"Jamuan raya bila eh?" Izzah mula menyoal.

Aku memberikan pandangan tidak percaya kepada Izzah. Dia ketuk meja semata-mata nak tanya jamuan raya bila?

"Lusa kan?" Farisha meminta kepastian. Kepalaku diangguk perlahan kemudian kelas 5 Emerald kembali bising.

"Hai bunga-bunga sekalian." Sapa Hakimi mesra. Izzah dan Siti sudah menarik kerusi ke arah meja kumpulan aku, Eliana, Danish dan Ammar.

"Wei Danish, asal dengan kau? Tak nak join sembang ke?" Soal Hariz hairan. Kami semua memandang Danish di sebelahku yang hanya mendiamkan diri. Dia menggelengkan kepala.

"Nish okay tak?" Giliran aku pula menyoal. Tetapi tiada respon yang diberikan olehnya.

"Danish, jangan lah macam ni."

"Danish!" Aku masih mencuba untuk memujuk.

"Dani-- "

"Kau boleh diam tak?!" Aku terkedu. Pelajar kelas 5 Emerald sekali lagi senyap. Danish bangun dari tempat duduknya. Semua yang berada di dalam kelas hanya memandang Danish yang keluar dari kelas tanpa mengeluarkan sebarang suara.

"Asal dengan dia?" Siti mengerutkan dahi. Aku ada buat salah ke?

"Biarkan je lah dia. Ada la tu kacau fikiran dia sampai emosi tak stabil." Eliana cuba menenangkan aku. Tiba-tiba Ammar datang ke arah Eliana kemudian membisikkan sesuatu.

"Aku nak keluar kejap eh." Gadis itu segera melangkah keluar kelas diikuti Ammar.

Ammar's POV

"Kau nak cakap apa sebenarnya?"

Kepalaku ditoleh menghadap Eliana yang berjalan di sebelah. Kami berdua berjalan tanpa hala tuju. Aku menggaru kepala yang tidak gatal.

Sampai sahaja di taman sains sekolah, aku menghentikan langkah begitu juga dengan Eliana.

"Actually, kau tahu kan yang aku suka kau?" Eliana diam.

"Aku rasa kau salah orang la Ammar." Gadis itu ketawa hambar. Dia cuba melarikan pandangannya daripada memandangku

"No! Aku betul-betul suka kau. Listen Eli, yes memang dulu aku suka Ayreen, tapi aku dah move on sebab aku lagi nampak Danish yang dah mula sukakan Ayreen. "

"Ouh okay. So then kau-- "

"Aku nak kau jadi aku punya." Ujarku membuatkan Eliana terus menoleh ke arahku.

"Kau betul-betul ke?" Soalnya tidak pasti.

"Muka aku macam main-main ke, Eli?" Jariku ditunding tepat ke arah wajahku. Eliana pantas menggelengkan kepala.

Mr.Headprefect Poyo [Edit]Where stories live. Discover now