MHP 18

24.8K 1.2K 110
                                    

Sorry! Kalau dekat chapter ni ayat dia macam pelik 😭 Dah tak tahu nak edit macam mana 🙂🙏🏻💔

***

Tokk! tokk!

Semua mata beralih ke arah pintu kelas 5 Emerald selepas mendengar bunyi ketukan di pintu.Kelihatan seorang pelajar perempuan tingkatan 2 berdiri di luar kelas.

"Er,cikgu Nizam nak jumpa Danish dengan Ayreen dekat bilik disiplin." Aku sedikit tersentak.Bilik disiplin? Aku ada buat kesalahan apa-apa ke?

Tak payah tanya lah Ayreen.Selalu gaduh waktu cikgu mengajar tu dikira kesalahan juga kan?

Tanpa membuang masa, aku dan Danish serentak bangun dan menuju ke bilik disiplin.

Bilik Disiplin

"Saya nak jumpa kamu berdua ni sebab nak minta pendapat.Kalau saya tukarkan jawatan Misha kepada Ayreen boleh tak? Sebab saya perasan juga,Misha tu macam tak jalankan tanggungjawab dia.Dia hanya gunakan jawatan penolong ketua pengawas tu untuk mengarahkan orang sahaja.Saya selalu tengok Ayreen je yang hantarkan rekod,yang bertugas jaga pagar dan membuat rondaan blok.Sedangkan semua kerja yang Ayreen buat tu tugas Misha juga." Cikgu Nizam menggeleng kepalanya perlahan.Aku yang berdiri di sebelah Danish terus menoleh ke sebelah untuk memandang jejaka itu.

"Er,maksud cikgu..Ayreen akan gantikan Misha?" Danish mula menyoal untuk meminta kepastian.Cikgu Nizam mengangguk.

Masa mula-mula suruh aku jadi pengawas pun aku tak nak.Ini pula suruh jadi penolong ketua pengawas.Lagi lah aku tak nak!

"Boleh kan Ayreen?" Mata cikgu Nizam beralih ke arahku begitu juga dengan Danish.Aku hanya mendiamkan diri.Kau boleh ke Ayreen? Boleh ke? Boleh ke?

"Saya tahu kamu dengan Danish ni selalu jadi bualan guru-guru.Tapi saya tetap juga nak ambil kamu sebab saya nampak,kamu seorang yang berpotensi tinggi.Lagipun sejak kamu berada di sekolah rendah kan kamu dah diajar untuk menjadi seorang pengawas yang berguna?" Aku mengeluh dalam diam lalu mengangguk lemah.Mana lah cikgu Nizam ni tahu yang masa sekolah rendah dulu aku ni pengawas sekolah?

"Jadi,tak mustahil yang kamu boleh bawa jawatan penolong ketua tu." Cikgu Nizam tersenyum ke arahku.Dia sedaya-upaya memujukku untuk menerima jawatan yang dipegang oleh Misha sekarang.

"Ye lah.Saya setuju." Senyuman nipis dilemparkan.

"Bagus! Nanti saya adakan mesyuarat untuk pengawas.Kalau dah tak ada apa-apa nak tanya,korang balik kelas sekarang." Aku dan Danish mengucapkan terima kasih kepada cikgu Nizam sebelum kami berdua keluar dari bilik disiplin.

"So now? Kau sanggup?" Danish memandangku dengan pandangan redup.

Tanpa menoleh ke arah Danish,aku hanya mengangkat bahu dengan malas tanda tidak tahu.

"Tak ada mulut dah ke mak cik?" Soalnya.Aku memandang Danish kemudian bola mata diguling ke atas.Kaki ku terus melangkah meninggalkannya.Tak larat nak layan!

"Takkan dia marah sebab aku post gambar dia sampai kena kecam?" Gumam Danish.Dahinya dikerut tanda hairan.

• • •

Mr.Headprefect Poyo [Edit]Where stories live. Discover now