MHP 29

19.8K 1.2K 139
                                    

Tangan mencapai sweater berwarna hitam yang disangkut di dalam almari. Beg pakaian pula diangkat keluar dari bilik selepas memastikan semua suis bilik tertutup.Tempat tidur Milo dipandang sekilas. Mama cakap Milo akan dihantar dekat rumah Aunty Adhia lepas hantar aku pergi sekolah.

Kaki diaturkan ke arah tangga untuk turun ke tingkat bawah.Meja makan pula dituju.

"Sara, breakfast dulu." Aku memandang mama.Beg diletakkan di hadapan pintu rumah sebelum aku menuju semula ke arah meja makan.

Bibirku dicebik.

"Mama ! malas la nak pergi camping.Sara nak ikut mama." Rengekku.Bukan apa, nanti balik je dari camping, tak ada orang dekat rumah. Tinggal aku sorang-sorang.

"Alah, pergi sana bukannya holiday suka-suka sayang oi.Ada benda papa nak kena urus kat sana." Aku sekali lagi mencebik.Eleh ! ada benda nak kena urus pun mesti pergi jalan-jalan juga.

"Tapi nanti Sara kena duduk sorang-sorang kat rumah.Sara tak nak la.Bosan." Mendengar rengekkan ku itu membuatkan mama terdiam beberapa saat.

"Hah! Mama lupa nak bagitau Sara.Aunty Adhia ada ajak Sara pergi bermalam dekat rumah dia lepas balik camping.So, Sara nak tak?" Raut wajahku berubah.Bermalam dekat rumah aunty Dhia? Rumah Danish?

Huh, terima kasih je la.

"Kalau Sara tak nak, Sara kena duduk sorang-sorang kat rumah lah jawabnya.Milo kan hantar dekat rumah aunty Dhia.Kalau Sara datang rumah aunty untuk ambik Milo,mesti aunty akan ajak Sara tidur dekat rumah dia jugak. Tak ada pilihan dah kan?" Aku mengeluh.Betul jugak kan? Tapi, aku tak nak.

"Okey la, okey. Sara duduk dengan aunty Adhia lepas balik camping." Balasku sebelum keluhan perlahan sekali lagi dilepaskan.Mama tersenyum lebar.

Usai makan, tangan mama dicapai kemudian disalam.Kerana terpaksa, aku relakan~

"Take care,okey?" Mama tersenyum.

•••

Kereta milik papa berhenti di hadapan pagar utama SMK Damai.Aku memandang pelajar-pelajar lain yang memakai baju sukan sekolah dengan pandangan hairan.Eh, semua sibuk dengan handphone masing-masing.Cikgu tak datang lagi ke?

Tangan membuka pintu kereta.Beg pakaian juga aku keluarkan dari dalam perut kereta.Papa yang duduk di tempat pemandu dipandang sebelum tangan dilambai perlahan.

"Ayreen Qaisara!!" Panggil Izzah sambil tersenyum lebar.Nampak sangat yang dia tengah excited.

"Kau je ke yang baru sampai?" Soalku setelah duduk disebelahnya.Izzah mengangguk.

"Ayreen!" Aku menoleh ke arah gerangan yang memanggil ku iaitu Ketua Pengawas Poy- eh Danish.

"Kau tahu kan mummy aku ajak kau pergi bermalam dekat rumah aku?" Soalan Danish dijawab dengan anggukan malas.

"Then ,kau nak ke? Kalau kau tak nak duduk rumah aku pun bagus. Menyemak je tengok muka kau. " Mataku mencerlung tajam ke arah Danish.Apa masalah dia ni?

"Mama aku dah suruh.So aku terpaksa ikut.Eh menyemak?Excuse me.Kalau kau rasa muka aku ni menyemakkan pemandangan kau, kenapa kau tak cakap je dekat mummy kau yang kau tak nak aku duduk rumah kau?!" Penumbuk dikepal.Sabar Ayreen, sabar.

"Otak ada kan.Takkan aku nak cakap dekat mummy aku macam tu.Sepatutnya kau yang kena tolak bila mummy aku ajak.Duduk je la dekat rumah kau sorang-sorang" Danish menjeling.

Mr.Headprefect Poyo [Edit]Where stories live. Discover now