MHP 51

9.1K 679 125
                                    

Kedengaran pintu bilik diketuk. Aryan membuka pintu dan memandangku sebelum dia melangkah masuk.

"Kak!" Panggil Aryan.

"Ye?"

"Sara betul-betul ke nak pindah sekolah lain?" Laju sahaja Aryan baring di atas katilku. Matanya merenung kipas sebelum beralih ke arahku yang masih sibuk melayari Instagram.

"Akak tak sayang dekat kawan-kawan ke? Eli? Tisya? Izzah? Siti? Fatin? Tak kesian?" Soalan lain pula ditujukan.

"Akak dah dua minggu tau tak datang sekolah. Hari-hari cikgu tanya Yan pasal akak."

Aryan mengeluh perlahan.

"Nanti siapa nak tolong Yan dapatkan Sofia?"

Aku mengulingkan bola mata. Mengada eh budak ni!

"Tak payah lah pindahhhh." Aryan mencebik apabila melihat diriku yang langsung tidak menjawab segala soalannya. Lenganku dicubit kuat.

"YAN SAKITT." Kepala Aryan ditolak. Lenganku yang sudah berbekas akibat cubitan Aryan disapu.

Tak guna punya adik.

"Hah tu lah balasan. Sibuk layan instagram sampai orang tanya tak jawab-jawab." Aryan menjeling.

"Bila nak datang sekolah?"

"Esok."

Mendengar sahaja jawapan daripadaku, Aryan bingkas bangun dari posisi baring. Wajah teruja ditayangkan.

"Kan bagus macam ni." Pujinya. Pelik betullah budak ni.

"Dah-dah pergi tidur. Esok nak sekolah." Tanganku menolak Aryan ke pintu bilik. Sebelum lagi banyak soalan dia tanya, baik suruh dia tidur!

Kakak yang baik?

Ayreen lah orangnya!

•••

Kelas 5 Emerald mula riuh rendah dengan kehadiranku pada hari ini. Ayreen Qaisara Bt Hashim. Famous bukan?

"Omg Ayreen! Kami rindu kau!" Eliana memelukku erat sehingga tiada lagi udara yang dapat aku sedut.

"Ingat dah lupa jalan nak datang sekolah." Perli Ammar sebelum melepaskan tawa.

"Ha'ah memang lupa pun!" Penumbuk ditayangkan kepadanya.

"O"

"M"

"G!!!" Serentak Tisya dan Fatin berlari memelukku. Ini baru dua minggu tak datang. Belum sebulan!

Aku tersengih. Tiba-tiba seseorang datang dan mencuit bahuku. Pandanganku laju bertukar ke arahnya.

Oh..Misha.

"Ayreen..aku nak cakap sikit dengan kau boleh?" Misha mengangkat sebelah keningnya.

"Sekarang?" Soalku meminta kepastian. Gadis itu laju mengangguk sebagai jawapan.

Mr.Headprefect Poyo [Edit]Where stories live. Discover now