MHP 15

25K 1.2K 46
                                    

Mengeluh.

Mengeluh.

Mengeluh.

"Weh! Aku nak tu." Jariku ditunjuk ke arah aiskrim yang dijual di Baskin Robbins.

"Ayreen,Eliana..tunggu apa lagi tu?" Soal cikgu Nizam.Kakinya melangkah ke arah aku dan Eliana.Kitaorang sepatutnya dah kena berkumpul.

"Cikgu..nak beli aiskrim sekejap boleh tak? Pleaseeee." Aku mengerdipkan mata berkali-kali membuatkan cikgu Nizam memandangku dengan pandangan pelik.Alah cikgu ni!

"Ye lah.Nanti terus pergi naik bas okay? Jangan lambat sangat.Cikgu tinggal nanti." Mendengar sahaja ayat yang ditutur oleh guru lelaki itu,senyuman lebar terukir di bibirku.Lengan Eliana terus ditarik.Kaki laju menghampiri Baskin Robbins.

"Sempat lagi kau nak beli." Danish menggelengkan kepalanya.Aku yang baru ingin melabuhkan punggung di tempat duduk memandang Danish sekilas.

"Sibuk je!" Balasku geram.Tanpa menghiraukan Danish di sebelah,aku memasukkan suapan pertama aiskrim berperisa Cotton Candy ke dalam mulut.

"Kau ni tak boleh makan elok-elok ke? Dah berapa bulan tak dapat makan aiskrim?" Danish sekali lagi menggelengkan kepalanya.Haih! Apa masalah Danish ni? Aku rasa aku makan elok je.Tak gelojoh pun.

Dia ni memang tak boleh tengok aku bahagia kan?

"Dah setahun aku tak makan aiskrim.Kenapa? Ada masalah?" Balasku selamba.Tiba-tiba mataku memandang Danish yang mengeluarkan sesuatu daripada begnya.

Sehelai tisu diambil olehnya.Tanpa bercakap banyak, dia mengelap mulutku yang mungkin ada kesan comot.

Aku tersentak.

Wait!

Tisu di tangan Danish terus dirampas.Ei!

"Tak hingin pun nak lapkan." Dia menjelingku.

"Tak suruh lapkan pun!"

• • •

Sampai sahaja di Legoland,kami diarahkan duduk di dalam kumpulan.Satu kumpulan mesti mempunyai empat orang ahli.Jadi,macam biasa.

Aku,Eliana,Siti dan Izzah. Cukup.

Selesai sahaja urusan untuk tiket masuk,kami dibenarkan berpecah dengan kumpulan masing-masing.

"Weh! Korang nak pergi kat mana dulu?" Eliana memandang aku,Izzah dan Siti bersilih ganti.

"Aku ikut je"

"Ayreen!" Suara seseorang yang memanggil membuatkan aku menoleh untuk memandangnya. Keningku bertaut apabila mataku menangkap figura Hariz Ilham yang menghampiri kami berempat.Atau lebih tepat,dia menghampiri...

Ayreen Qaisara.

Aku kan Ayreen Qaisara tu?

"Hai. " Sapanya dengan senyuman manis.

"Kau nak apa?" Kening sebelah diangkat.Dia terus menggosok belakang lehernya sebelum berdehem.

"Erm,nak ajak kau jalan sekali.Boleh tak?"

Jap! Dia ni tak dengar ke cikgu cakap apa?

Cikgu cakap,IKUT KUMPULAN.

Mr.Headprefect Poyo [Edit]Where stories live. Discover now