MHP 28

18.1K 1K 54
                                    

Aku menilik diriku yang memakai blouse berwarna royal blue,seluar berwarna hitam dan shawl hitam di cermin buat kali terakhir.Jam ditangan dilihat.Dah pukul 8 malam.

Sling bag diambil lalu kaki diaturkan keluar dari bilik.

"Dah nak pergi dah?" Soal papa.Aku mengangguk perlahan.Kasut sarung berwarna biru gelap diambil sebelum aku masuk ke dalam kereta bersama papa.

Ting!

Ting!

Siti 🐱
Weyh,kau datang cepat sikit!!
Aku dengan Hakimi je yang dah sampai.

Aku tergelak kecil.Padan muka kau!

Hampir dua puluh minit berlalu, kereta BMW milik papa akhirnya berhenti di hadapan sebuah restoran.

Dari jauh, aku ternampak Siti dan Hakimi yang sedang menunggu kedatangan kami.Mesti diorang tengah awkward.Hahah!

"Ehem." Aku berdehem membuatkan Siti tersentak.

"Hai hai hai! Sorry lambat!" Eliana yang baru tiba tersenyum sehingga nampak baris giginya yang putih.Siti menjeling.

"So, ni je ke?" Soal Eliana sambil mengangkat sebelah keningnya.Matanya memandang aku,Siti dan Hakimi bersilih ganti.

"Hoi!" Sergah Ammar.Kerana terkejut, tangan Eliana laju mengetuk kepala Ammar menggunakan beg tangannya.

"Aduh! Kau dah kenapa?" Ammar menjeling lalu duduk disebelah Hakimi.Padan lah dengan muka kau.Main sergah-sergah orang lagi.

"Padan muka!" Lidah dijelir.Aku hanya menggeleng memandang Eliana dan Ammar.

"Sorry lambat" Danish Izmeer pula tiba kemudian mengambil tempat di sebelah Ammar.Telingaku yang mendengar suara Danish terus mengalihkan pandangan ke arahnya.

Handsome :')

Selepas semua sudah datang.Kami mula memesan makanan.Sempat kami berbual sementara menunggu makanan yang dipesan sampai.

Ting!

Aku mengambil phone di dalam sling bag.Asal bunyi banyak sangat phone ni?

Danish Poyo
Asal kau asyik pandang aku?

Ting!

Jangan nak tipu aku eh.

Ting!

Ting!

Aku tak buta lagi.Aku nampak kau pandang aku lama 😏
Ada benda pelik ke dekat aku?

Aku mengalihkan pandangan ke arah Danish.Dia masih tidak mengalihkan matanya dari memandang handphone.Tunggu mesej aku ke?

You
Aku asyik pandang kau?
Mana ada.

Danish Poyo
Eh, aku nampak la.

You
Tak ada apa pun.
Kau...nampak lain sikit je malam ni :)

Danish Poyo
Ouh .
Kau pun nampak lain sikit.
Nampak..cantik ;)
Tapi sikit je la..sikit.

Mr.Headprefect Poyo [Edit]Where stories live. Discover now