MHP 25

21.6K 1.2K 194
                                    

"Ayreen!!" Jerit Danish automatik membuatkan kepalaku menoleh ke arahnya.Kening pula diangkat.Nak tergelak pun ada tengok Danish sekarang.

"Mana liquid paper aku?" Soal Danish.Guru di hadapan kelas yang sedang menulis di papan putih itu langsung tidak dihiraukannya.

"Mana lah aku tahu"

"Kau jangan nak buat-buat tak tahu.Aku nampak kau buang fluids yang ada dalam liquid paper aku tadi.Kan?" Soal Danish geram.Aku pula hanya menayangkan innocent face.

"Ouh. Nampak ke? Ingat tak nampak." Kataku selamba.

"Aku tak cari pasal pun kan?!" Danish menjeling.

"Aku dah cakap kan aku akan balas dendam."

"Sekarang,siapa yang mulakan dulu? Kau ke aku?" Tambahku lalu tangan disilang di dada.Danish pula sudah mendiamkan diri.

"Ok fine! Kau buat lah apa yang kau nak buat.Tapi aku tetap akan balas" Kata Danish dan terus minta kepada cikgu untuk keluar dari kelas.Senyuman sinis pula tidak lekang dari bibirku.

"Ayreen" Panggil seseorang.Aku terus memandangnya dengan kerutan di dahi.

"Nah" Hariz Ilham menghulurkan coklat Cadbury dengan senyuman manis di bibir.Tanpa berfikir panjang,aku terus mengambilnya lalu mengucapkan terima kasih.

Masa cikgu ada dekat depan pun menyempat lagi dia nak bagi coklat.

"Ayreen,saya nak minta satu je.Boleh tak kalau awak jangan rapat sangat dengan Izz dan Danish? Saya cemburu lah" Keningku bertaut.Apa mamat ni merepek?

Dia boyfriend aku ke untuk cemburu? Tak kan?

"Err,Izz dengan Danish tu cuma kawan aku.Kenapa nak cemburu pula?" Hariz mengeluh.

"Ayreen,kan saya suka dekat awak.Sebab itu saya cemburu" Jujurnya.Giliran aku pula melepaskan keluhan.Malas betul layan orang tak sedar diri macam ni.

Tak sedar diri? Ya! Dia tak sedar diri dia tu siapa bagi aku.Dia bukan mama aku,papa aku,abang aku,kakak aku,adik aku,datuk aku,nenek aku,cousin aku,mak cik aku,pak cik aku,boyfriend aku,kucing aku,ayam nenek aku,kambing atuk aku,eh! dah melebih pula.

Aku cuma anggap dia kawan aku je termausk Izz.Danish? Lagi lah aku anggap sebagai kawan.Tak ada siapa nak boyfriend yang poyo macam dia tu....kot.

Dengan perasaan kecewa,Hariz terus menyambung menyiapkan latihan yang diberi oleh cikgu.Dia menjeling Izz yang memandang ke arahnya.

Izz Daniel menggulingkan bola mata.

"Esok saya nak semua hantar kerja ni ye? Terima kasih." Cikgu Aida berjalan keluar dari kelas memandangkan loceng sudah berbunyi menandakan waktunya sudah tamat.

Izz bangun dari duduk. Dia menghampiri tempat dudukku kemudian tangannya menghulurkan kotak segi empat sama berwarna coklat dan violet.Cantik!

Mataku dialihkan ke arah surat kecil yang terselit pada riben.Baru sahaja ingin membuka surat itu,Izz menghalang.

"Kenapa?" Soalku hairan.

"Saya nak awak buka dekat rumah,please.Not now" Izz seperti merayu.Aku mengeluh dalam diam sebelum mengangguk.Tak sabar pula nak buka.Izz terus duduk di tempatnya setelah cikgu Aishah masuk ke dalam kelas 5 Emerald.

Mr.Headprefect Poyo [Edit]Where stories live. Discover now