MHP 5

26.7K 1.5K 113
                                    

Sudah sebulan aku menjadi pelajar SMK Damai yang tak berapa nak damai ni.Banyak juga lah masalah yang timbul waktu aku mula-mula jadi pengawas dulu.

Tapi lepas aku dah geram sangat dengan perangai pelajar yang jenis tak endah dengan arahan,aku jadi 'Cik Singa' balik.Jangan main-main!

Hubungan aku dengan Danish? Fuh..tak payah sebut 'hubungan' , geli pula aku dengar.

Sekarang aku dengan Danish Izmeer memang dah tak ada rasa mahu berbaik langsung.Sebab lepas dia tarik kerusi aku macam dekat 'previous chapter' tu.Aku ada balas dendam dekat dia.

Apa aku buat?

Hah! Aku cuma sediakan tepung untuk dia.Tepung tu aku bawak dari rumah dan tolong jangan bagitahu mama yang aku curi tepung dia.

Esoknya,waktu balik sekolah tu..aku bagi lah dia pakai tepung tu.Biar kulit dia yang memang tersedia putih tu jadi putih lagi!

Ramai jugak lah orang yang nampak termasuk budak sekolah lain sebab bila Danish langkah keluar je dari pagar sekolah,aku lempar tepung tu kat muka dia dan sekarang...

Aku ramai musuh terutamanya musuh ketat baru aku.

Emisha Puteri.

Apa?mestilah dia marah kan aku buat boyfriend kesayangan dia tu malu.Tapi apa aku kisah!

Kaki ku melangkah masuk ke dalam kelas membuatkan semua orang di dalam kelas senyap.Masing-masing mendiamkan diri.Dalam diam,aku tersenyum sinis.

Diorang kan rakan sekelas aku,dekat sekolah je diorang macam ni dengan Ayreen.

Ayreen Qaisara tak ada la sekejam mana okey!

Jadi,kalau kitaorang pergi lepak kat luar..perangai masuk air kami tu keluar la.

Cikgu Aishah iaitu guru matapelajaran Matematik Tambahan masuk ke dalam kelas.

Mungkin harini mood dia okay sebab masuk kelas kitaorang dengan senyuman walaupum hanya senyuman NIPIS.

Cikgu Aishah ni selalunya akan masuk kelas dengan muka serious.Mungkin dia jadi serious sebab kelas kitaorang yang tak ubah macam pasar malam.Kadang-kadang aku pun takut dengan cikgu ni.Dingin memanjang.

"Selamat pagi,cikgu" Hafiz sebagai ketua kelas memberi ucapan diikuti pelajar lain.

"Selamat pagi.Sekarang bukak kerja saya bagi semalam" Dia terus mengeluarkan rotan yang di bawa olehnya sepanjang masa.

Cikgu Aishah bergerak ke tempat Danish dan Ammar.Buku milik Danish Izmeer dibukanya lalu muka surat diselak satu persatu.

Kata Izzah,Danish ni memang pandai subjek Matematik Tambahan.Memang selalu lah dipuji cikgu.Entah dia makan apa sampai pandai Addmath.

Cikgu menghampiri meja ku dan Eliana pula.Eliana sudah menggoncangkan tangan aku kerana takut.

"Weyh serious arh aku tak boleh duduk diam" Bisik Eliana kepada ku.

"Aku pun takut" Bisik ku semula.

"Apa bisik-bisik kamu ni?Ada masalah otak ke?" ZAPPP.Cikgu ni,kasihanilah kami.Apa cikgu cakap?kami ni ada masalah otak?

Cikgu menyemak satu persatu muka surat di buku latihan ku.Akhir sekali,dia mengerutkan dahinya.Walawey..ada salah ke apa?

"Hrmm..Ayreen" Panggilnya mendatar.Aku mengangkat wajah memandangnya.Siapa yang teringin nak ganti kan tempat aku sekarang?

Mr.Headprefect Poyo [Edit]Where stories live. Discover now