MHP 4

28.4K 1.5K 61
                                    

Pada jam 6:50 pagi , aku sudah bertolak dari rumah untuk ke sekolah.Tak nak la datang lewat.Nanti si pengawas puaka tu bising pulak!

Lagipun harini ada budak kenit a.k.a cousin aku tumpang kereta papa untuk ke sekolah.Dia baru darjah 3.Mulut budak tu?Kalau boleh nak je aku sumbat cili.Boleh tahan kecoh mulut tu.Pok pek pok pek!

Kalau gaduh dengan dia, pung pang pung pang jadinya!

"Kak Sara,hantar lah Putri pergi sekolah dulu.Lepastu baru kak Sara.Nanti Putri datang lewat kena tulis nama" Rengeknya.Nama dia Putri Nuraisya.Sama macam aku,nama Putri tu hanya orang yang dah lama kenal dengan dia je boleh panggil.Kat sekolah orang panggil dia Raisya.

"Alaa..pengawas sekolah rendah bukannya mulut puaka pun" Aku menggeleng.Putri mencebik

"Eee..kak Sara tak tahu.Ada abang darjah enam ni nama dia Shazril.Dia suka sindir orang.Putri takut dia jaga je" Adu Putri membuatkan aku terdiam.Shazril atau namanya Tengku Shazril Aiman.Budak tu?kecik-kecik dah boleh tahan handsome.Tapi aku tak suka budak tu!

Aku mula kenal dia masa dia dekat pra sekolah.Paling menyakitkan dia gelar aku 'mak cik singa' sebab waktu aku darjah enam,aku pengawas sekolah dan memang aku garang.Sekali tak ikut peraturan,memang sesedap nasi goreng aku tulis je lah nama diorang dekat buku kecil yang aku selalu bawak.Tak pernah tinggal buku tu! Kalau pengawas lain,mesti ada yang bagi chance tapi aku?

Kalau langgar je peraturan , mungkin dalam masa 10 saat.Nama dah elok dicatat.

Tak sangka Shazril tu jadi pengawas.

• • •

Eliana Izzati memanggilku di tapak perhimpunan selepas aku baru turun dari kereta.Aiseh,dia tunggu aku ke?

Perhimpunan? Macam biasa la, berucap berucap dan berucap.Tapi yang paling aku tak berapa suka dengar , ada pengambilan kedua pengawas sekolah.Yaa..mungkin pengawas masih tak cukup.Pelajar sekolah ni ramai.Pengawas perempuan kat sini pulak kebanyakan nak jadi pengawas sebab nak gunakan kuasa tu untuk buat apa-apa , untuk ponteng kelas dan sebab ada Danish.

Apa ni pengawas perempuan ? Pengawas lelaki lagi baik bila fikir balik.

Aku tahu ni pun sebab Siti cerita.Siti tu classmate aku juga dan nama dia Siti Noraminah.Aku suka nama dia.Simple!

Eh ! kenapa aku cakap aku tak suka dengar pasal 'pengambilan kedua' pengawas sekolah?

Sebab..

"Saya berucap pagi ni sebab nak beritahu tentang pengambilan kedua pengawas SMK Damai.Nama yang saya sebut sila tunggu selepas tamat perhimpunan.Alif Izwan,Nur Izzah,Amirul Danial,Eliana Izzati,Siti Noraminah,Daniel Haziq,Zulfaiz,Ayreen Qaisara.... "

Semalam cikgu Aida dah bagitau yang aku terpilih untuk jadi pengawas sekolah dan aku sebenarnya tak nak jadi pengawas sebab pengawas sekolah rendah dan sekolah menengah lain.

Kalau dekat sekolah rendah,sekali je kau mengarah..memang diorang terus ikut.Tapi sekolah menengah ni,kalau kita mengarah memang susah sebab diorang semua dah remaja.Hati keras macam batu.Kalau kau arah apa-apa mesti diorang akan buat tak tahu.Tak sama!

Tamat sahaja perhimpunan,aku dan Eliana menunggu dengan terpaksa.

"Ok,nanti kamu semua diminta beli uniform pengawas sekolah.Masa diberi hanya dua bulan.Pin jawatan akan diberi nanti....

"Untuk penolong ketua pengawas,saya lantik Emisha.Mungkin buat sementara waktu atau kekal.Ada sebarang bantahan?" Soal guru pengawas di hadapan itu.

Aku perasan juga,ramai macam tak suka dengan Emisha ni? Macam-macam bisikan menyapa telingaku.

"Kalau macam tu,minggu depan kamu semua boleh mula pakai uniform pengawas.Boleh bersurai"

Aku dan Eliana terus mengambil beg untuk naik ke kelas.Ouh..Siti dengan Izzah ikut kitaorang sekali.Misi Ayreen mengorek rahsia bermula!

"Siti" Panggilku membuatkan Siti menoleh lalu mengangkat keningnya ala ala Ziana Zain gituuu.

"Kenapa aku tengok diorang macam nak bantah Emisha tapi diorang nampak macam tak mampu nak bantah?" Ewah bulan soalan aku!

"Ouh..Actually,Misha tu pengaruh sekolah.Well ya , every school mesti ada diva dan set-set diva tu mesti kaya,cantik,anak dato',kaki gossip. Er..itu kalau ikutkan novel yang aku baca la hehehe.Bagi aku ,dia tu memang diva sekolah la.Aku pun tak suka dia.Dia punya papa pengerusi PIBG sekolah ni" Jelas Siti.Ouhh..Misha tu sebahagian 'ulat bulu' rupanya.

"Dia ada boyfriend?" Soalku lagi.Salah ke aku tanya tu?Keshah pulak aku.

"Ada..Danish Izmeer lah boyfriend dia" Aku terlopong.Eee..mamat tu apa class do?Misha tu tak ada taste ke apa couple dengan mamat yang mulut macam mintak dicilikan.

"Eee..tak ada taste ke apa?" Aku membuat muka toya.Siti tergelak.Weh..Aku buat lawak ke?!

"Serious arh kau?Aku pun crush dekat si Danish tu" Sekali lagi aku terlopong.Biar papaya?

"Haishh..baik aku larikan diri sebelum terkena virus crush dekat Danish.Kau pun sama Eli" Aku terus ketawa lalu meninggalkan Siti dan Eliana yang sama-sama sedang ketawa.







Masuk sahaja ke dalam kelas,tempat duduk aku dituju.Kerusi ditarik ke belakang.

Baru sahaja ingin melabuhkan punggung,seseorang menarik kerusiku dalam diam dan..

Bukk!

"Argh" Aku terjerit kecil.Tiba-tiba terdengar bunyi orang ketawa kecil dari belakang.

"Hahahahahahahhahahaha!!!!" Akhirnya,tawa Danish dan Ammar meletus setelah dari tadi ditahan.



TBC

Mr.Headprefect Poyo [Edit]Where stories live. Discover now