MHP 30

17.7K 979 61
                                    

Seperti yang dijanjikan.Selepas solat isya', aku dan Danish terus berjumpa dengan cikgu Aishah selepas mengarahkan semua pelajar masuk ke dalam khemah masing-masing.

"Ini jadual aktiviti untuk esok dan lusa.Saya nak kamu berdua tahu awal-awal aktiviti yang akan diadakan." Aku mengambil jadual aktiviti yang dihulur oleh cikgu Aishah.Jadual itu dipandang beberapa saat.

"Saya dah tetapkan masa dalam jadual tu.Jadi kamu berdua ditugaskan untuk mengarah semua pelajar bersiap, mandi dan solat sebab masa aktiviti bermula saya dah pun tetapkan dalam jadual tu kan.So kalau nak tau aktiviti bermula pukul berapa, kamu tengok lah jadual tu.Faham?" Terang cikgu Aishah.Aku dan Danish mengangguk serentak.

Aku pulang ke khemah.Pagi esok tak ada aktiviti, petang tu pula ada jungle tracking dan waktu malam, ada aktiviti night walk.

"Weh weh, aku dengar cerita kan.Esok group akan dijadikan 12 orang. Campur dengan lelaki satu group" Eliana bersuara.Aku mula mengerutkan dahi.Asal pulak?!

"Sebab?" Soal Siti

"Sebab fasi dengan cikgu risau apa-apa jadi pula kat pelajar perempuan." Jawab Eliana.Aku hanya mengangguk faham.Entah mana dia curi-curi dengar benda ni.

"Dah lah tidur.Bangun lambat aku sumbat ubat gigi dalam mulut masing-masing." Ugutku.Selepas beberapa minit,kami terus lena dibuai mimpi.

Izzah's POV

Jam tepat menunjukkan pukul 1 pagi. Aku keluar dari khemah untuk ke tandas.

Aku dah kejut Fatin dengan Tisya banyak kali.Tapi sorang pun tak bangun.Tidur mati betul!

Keluar sahaja dari tandas, aku berlari menuju ke khemah.Aku fikir semua pelajar lelaki dah nyenyak tidur. Rupanya ada lagi yang bising dalam khemah.

"Kenapa susah sangat kau nak terima aku?" Suara seseorang menyapa gegendang telingaku membuatkan bulu romaku meremang.Aih! Asal aku nak takut pula ni.

"Ada orang ikhlas nakkan kau tapi kau tak nak pula.Aku tak faham doh."

"Hariz?" Dahiku dikerut.Mamat tu gila ke cakap sorang-sorang?

Tanpa rasa segan, aku terus berjalan menuju ke arahnya yang sedang memandang langit yang gelap.

"Kau cakap dengan siapa?" Soalku membuatkan Hariz tersentak.Dia cuba melarikan pandangan lalu belakang tengkuknya digosok.

"Er, cakap? Bila masa aku bercakap?" Bohongnya.Kepala aku angguk perlahan.Malas nak tanya banyak.

"Kenapa kau tak tidur lagi? Dah lewat kot" Giliran Hariz menyoal.

"Pergi tandas.By the way, kau masih sukakan Ayreen ke?" Jelas ternampak Hariz agak terkejut dengan soalanku.Kenapa? Dia ingat aku tak tahu yang dia suka Ayreen? Ni Nur Izzah lah!

Hestek ,bangga jap.

"Kalau aku masih sukakan Ayreen pun, siapa kisah.Lagi-lagi Ayreen.Dia macam tak nampak yang aku suka dia." Hariz mengeluh kecil.Dalam ayatnya juga ada nada kecewa.

"Kau tahu kan Ayreen tu ramai orang sukakan dia? Memang sah lah dia buat tak nampak je semua tu.Kau pun mesti dapat rasa yang dia dah sebati dengan hidup macam ni. Ramai peminat." Ayat yang keluar daripada mulutku membuatkan Hariz sekali lagi mengeluh.

"Tapi , Danish dengan Izz tu macam suka dekat Ayreen.Boleh pula Ayreen tu layan.Lebih-lebih lagi Izz tu.Cepat je Ayreen melekat dengan dia.Danish tu pula , walaupun diorang saling membenci, tapi aku tengok diorang sekarang dah macam okay sikit."

Mr.Headprefect Poyo [Edit]Where stories live. Discover now