MHP 9

24K 1.3K 110
                                    

Usai bersiap,minyak wangi disembur.Barang yang diperlukan diambil lalu aku terus turun ke tingkat bawah.Harini aku pakai hoodie berwarna kelabu,ada perkataan Candy .

Seluar pula hanya track suit hitam and tudung bawal hitam.Simple!

"Nak pergi mana,Sara?" Soal mama yang sedang menonton televisyen.Papa mesti tak balik dari office lagi.

"Sara nak pergi sekolah,kena hias kelas." Mama mengangguk.Aku mencium tangannya kemudian tangan laju mencapai sneakers Adidas di dalam rak kasut.

"Take care" Pesan mama.Aku hanya menayangkan simbol OK menggunakan jari.

Ting!

Danish Poyo
Online

Danish Poyo
Weyh!Tolong beli colour air.
Dengan berus sekali.

You
Waalaikumusalam
Ok

Danish Poyo
Oh sentap bhaii🙄

Bluetick dihadiahkan kepada Danish.Kereta terus membelah jalan untuk ke kedai alat tulis.


• • •

Sampai sahaja di sekolah,kaki ku laju melangkah ke kelas 5 Emerald.Dari tingkat dua pun dah dapat dengar suara-suara penghuni kelas 5 Emerald.

Memang patut ramai cikgu anggap kelas 5 Emerald pasar malam!

Masuk sahaja ke dalam kelas...

"Wahhhhh!!" Semua orang bertepuk tangan sambil mata memandang aku.Apa masalah diorang ni?

"Wuuwuuu..colour baju sama dengan Danish" Firdaus bersuara.Aku memandang baju Danish.Erkk..

..hoodie kelabu?

Sebab tu je diorang tepuk tangan bagai?

"Jodoh!" Trisya pula bersuara.Dia ni shipper sekolah.Memang semua benda yang boleh dikatakan jodoh je dia nak ship kan.

"Korang ni macam budak lah! Bagi sini colour air tu" Danish terus merampas plastik yang dipegang olehku.

"Tak reti nak minta elok-elok ke cik abang?" Soalku sinis.

"Cik abang beb! Ship!" Jerit Trisya.

"Tak payah nak ship.Aku tak suka dia pun" Bibir Danish mengukir senyuman sinis sambil matanya memandangku.

"Kau fikir aku panggil cik abang tu maksudnya aku suka kau? Ew!" Biji mata diguling ke atas tanda menyampah.Danish memandangku tajam.

Apa?tahulah aku cantik.Nak pandang-pandang pulak.

"Eeee..boleh tak kalau tak payah bergaduh.Aku tendang korang berdua keluar kelas jugak nanti." Ammar bersuara serta-merta membuatkan satu kelas diam.









 
"Ayreen,tolong sapu kelas jap" Amir menyerahkan penyapu kepadaku setelah dia selesai memotong huruf-huruf pada kertas A4 berwarna.

Penyapu di tangan Amir dicapai lalu aku menyapu sisa-sisa kertas yang bersepah.

Selesai menyapu di hadapan kelas,aku menuju ke belakang.Tiba-tiba satu susuk tubuh menyapa mataku.Kelihatan seseorang duduk di atas lantai sambil menyandarkan kepalanya pada meja belajar.

Mr.Headprefect Poyo [Edit]Where stories live. Discover now