MHP 13

22.9K 1.2K 33
                                    

"Eh! Jodoh." Ammar bersuara.Danish memandangku sekilas lalu tangannya laju menolak Ammar.

"Aduh! Kau kenapa do?" Ammar menjeling Danish.

"Jodoh dalam loji." Balasku sebelum tersenyum hambar.Apa dia ingat aku nak sangat pakai hoodie yang sekali lagi sama warna? Kalau haritu hoodie sama warna kelabu dan sekarang warna maroon?!

"Ayreen,tak baik tau kau cakap macam tu.Nanti betul-betul jodoh kau datang dari loji,merana kau.Dan jodoh kau dari loji tu mesti Danish." Ammar ketawa.Eliana sudah menggelengkan kepala.Aku terus menarik lengannya meninggalkan Ammar dan Danish.

Sampai sahaja di restoran yang menjadi pilihan cikgu,semua orang mula mencari tempat duduk dan memesan makanan.Sebenarnya,cikgu ingat nak makan dekat hotel tu je.Tapi kitaorang tak nak sebab ramai nak naik bas tengok suasana Johor.

Suasana lah sangat.Nampak tak betapa gediknya perangai pengawas-pengawas SMK Damai?

"Erm,Danish dengan Ammar..duduk depan Ayreen dengan Eliana tu.Kan kosong depan diorang tu" Cikgu Aishah mengarah sambil menunjukkan tempat kosong dihadapan kami.

Wait! Kenapa cikgu Aishah ni asyik nak suruh aku dengan Danish? Cikgu Nizam pun sama.

Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu semasa di dalam bas tadi.


Naik sahaja bas,aku terus pergi ke tempat duduk.

"Kak Ayreen!" Panggilan Najwa serta-merta mengalihkan perhatianku.Aku terus menuju ke arahnya.Najwa ni tingkatan 3.Dalam bas,dia duduk dekat belakang seat cikgu Aishah.

Aku melabuhkan punggung di seat sebelah Najwa.Kening sebelah diangkat tanda 'Kenapa panggil?' .Tiba-tiba,telingaku terdengar perbualan cikgu Aishah dalam telefon.Dan..aku juga dengar nama aku dan Danish disebut.

Aku pun apa lagi,curi-curi dengar lah.

"Saya ingat kalau saya bagi Danish duduk dengan Ayreen je,diorang akan penat dan akan berhenti bergaduh .Rupa-rupanya sama je,tak penat-penat nak buat bising.Kalau tak bising tak apa juga.Ini..dalam bas pun suara diorang paling kuat." Cikgu Aishah menggeleng.Huhuuu..Apa ni!!

"Ida nak buat macam mana?" Ida? Cikgu Aida lah?

"Okay-okay. Saya pun penat dengar bunyi bising diorang berdua tu.Saya tak nak lah sampai satu tahap nanti,diorang dua biadab sebab bergaduh depan cikgu.Silap hari bulan,depan pengetua pun biadab."

"Kak Reen? Dengar tak?" Tangan Najwa dilambai-lambai di hadapan muka ku membuatkan aku tersentak.

"Hah apa?"

Sampai sahaja makanan yang dipesan,cikgu Nizam mengarahkan Danish membaca doa makan dan selepas membaca doa,kita makan!!!!

Jangan ikut perangai Ayreen ye.

Duk!

Tiba-tiba kaki ku ditendang dari bawah meja.Ini nak makan atau nak main tendang kaki?

Mr.Headprefect Poyo [Edit]Where stories live. Discover now