MHP 58

8.9K 594 233
                                    

Tak jadi nak merajuk bila tengok komen korang HAHAH
thankyou support ❤️

__________________

Dewan kuliah itu mula bising dengan kedatangan Danish. Danish Izmeer bin Iskandar. Yang dahulunya popular di sekolah dan sekarang? Sudah semestinya menjadi rebutan di Universiti.

Nasib kau lah Ayreen!

Sekali lagi aku memperkenalkan diri, assalamualaikum. Nama aku Ayreen Qaisara binti Hashim. Berumur 19 tahun dan bekas penolong ketua pengawas SMK Damai.

Ouh tak lupa juga, tunang kepada Danish Izmeer. Aceceh!!

Sebelum aku bagi author mulakan bab ni, bagi aku terangkan kemana perginya kawan-kawan aku masa di sekolah. Ehem!

Eliana Izzati, kawan pertama aku di SMK Damai memerangkap kawan rapat. Gadis itu sekarang sudah melanjutkan pelajarannya di Melaka. Katanya kalau belajar di situ, boleh jenguk kampung selalu.

Next! Fatin Farzana. Fatin ni dah selamat terbang ke US memandangkan abang dia sambung belajar di sana. Lagipun impian dia dari dulu lagi untuk belajar di United States.

Zahira Batrisya aka Tisya. Dia dapat menyambung pelajaran di matrikulasi Negeri Sembilan. Memandangkan dia dan Kamarul akan betunang lagi 4 bulan, jadi mereka sama-sama melanjutkan pelajaran di situ. Bertunang? Terkejut bukan? Begitu juga dengan aku. Terkejut bila mendapati mereka berdua mempunyai hubungan secara rahsia.

Siti dan Izzah, mereka berdua pula berada di Perak. Kawan sehidup semati, tak pernah berpisah.

Dan aku, aku melanjutkan pelajaran di private university di Subang Jaya. Perjalanan dari rumah aku ke Universiti mengambil masa lebih kurang sejam. Tetapi, itu bukan halangan untuk aku berjauhan dengan keluarga. Asalkan satu negeri hikhik.

Nampak tak betapa manjanya Ayreen? Nak jauh dengan mama papa pun tak boleh.

Tipu lah kalau aku cakap aku tak rindukan kawan-kawan sekolah. Tetapi rezeki masing-masing dah ditetapkan. Hanya mampu berjumpa melalui skrin telefon.

Siapa rindu Ayreen??Comment emoji jamban 🚽.K tak lawak.

Professor Maria masuk ke dalam dewan kuliah membuatkan suasana yang agak huru-hara tadi menjadi senyap. Seorang perempuan yang berdiri di sebelah prof Mari dipandang lama. Ada apa-apa ke?

"So, as you guys know, we have a student exchange from Amsterdam. Girl, please introduce yourself." Professor Maria memberi peluang kepada gadis itu untuk berdiri dihadapannya.

"Hye everyone, my name is Mia Eryna. You guys boleh panggil I Mia. Any question?" Gadis bernama Mia itu memandang satu persatu wajah yang berada di dewan kuliah ini. Memandangkan tiada siapa yang ingin menanyakan soalan, gadis itu hanya mengangguk perlahan.

"Macam kerek je." Bisik Anis tepat di telingaku. Aku tidak menjawab. Mata masih memandang Mia Eryna. Ada sesuatu yang tak kena apabila gadis itu kerap memandang Danish yang duduk selang 4 baris daripada tempat aku.

Jangan dia jadi macam Misha and Izara dulu sudah.

___

"Princesss." Danish Izmeer menghampiriku yang sibuk mengemas barang untuk ke kafeteria. Anis pula setia menunggu di sebelah.

Mr.Headprefect Poyo [Edit]Where stories live. Discover now