Arif's POVBap!
"Aduh...!" Jeritku agak perlahan.
Macam kanak-kanak, aku memang tak boleh tidur diam. Asyik nak bergerak saja sampaikan terjatuh dari katil.
"Arif! Bangun nak! Dah pukul berapa ni? Tak reti-reti nak bangun budak ni!" Ibuku, Puan Liana sudah mula membuka mulut bebelan. Aku bangun dari lantai yang sejuk dan terus baring ke katil untuk sambung tidur. Sudahnya ibuku pula yang datang mengetuk pintu apabila wajahku tidak kelihatan di ruang sarapan. Baru nak lelapkan mata.
"Arif, bangunlah nak. Dah nak masuk tengahari ni." Kata ibuku.
Ibuku terus masuk ke bilikku yang agak bersepah dengan pakaian dan tuala. Ibuku menggeleng bukan hanya melihat aku masih liat untuk bangun, beliau juga mengeluh melihat sekitar bilikku yang kurang enak. Tingkap pun tidak terbuka. Aircond pun masih lagi terpasang dengan suhu yang agak rendah.Patutlah aku liat sangat nak bangun, bilik ni sejuk sangat buat aku rasa mengantuk.
"Arif...bangun sekarang! Kalau tak ibu tak nak bagi duit poket bulan ni..."ugut ibuku.
Terus aku bangun dengan muka terkejut.
"Hah! Apa dia, ibu?" Tanyaku dengan muka menggelabah.
"Haa...bangun pun. Dah...pergi mandi. Lepastu turun makan ya." Ibuku berlalu pergi setelah menepuk pipiku. Aku agak terpinga-pinga namun masih mengerti kata-kata ibu.
Aku bangun dengan malasnya, menuju ke bilik air untuk mandi. Aku terpandang bingkai gambar budak perempuan yang baru saja berganjak ke umur 6 tahun ,di tepi katilku. Aku tersenyum dan mengucapkan selamat. "Selamat pagi!"Namun tak semena-mena aku terjatuh meniarap dek kerana terpijak kulit pisang di lantai. Eh! Bila masa pula ada kulit pisang ni? Oh ya! Aku makan sesikat semalam,kata hatiku.
Melihat sekeliling biliknya. Huh...memang kena kemas! Aku terus masuk ke bilik air untuk mandi.
Seusai mandi, aku menyiapkan diri untuk bersarapan. Pada masa yang sama, aku melihat jam di dinding bercat putih kehijauan. Eh! Dah pukul 11:30am. Lama betul aku tidur tadi. Nak masuk tengah hari dah!Aku terus keluar dari bilik tidurku dan menuju ke arah ruang meja makan. Kelihatan ibuku sedang menghirup kopi sambil membaca majalah.
"Selamat pagi, ibu!" Aku mengucapkan selamat pada ibuku sambil mencedokkan nasi goreng ke dalam pinggan yang telah tersedia. Terusku duduk di hadapan ibuku."Hem...pagilah untuk 15 minit lagi." Ibuku memerliku yang bangun lewat. Aduh! Kena bidas dengan ibu sendiri! Bisik hatinya. Namun ketawa kecil mendengar jawapan ibunya itu.
"Hehe mana ada la...tak panas pun." Aku mula nak berdebat dengan ibuku sendiriKelihatan ibuku mengeluh kecil
"Kan pasang aircond ni. Memanglah tak rasa panas. Cuba pergi kat luar, panas bagai nak terbakar." Kata beliau sambil mengibas tangannya.
"Hahaha! Betul jugak! Pandai ibu." Ku ketawa kecil melihat aksi ibu yang agak lucu itu.Suasana menjadi senyap sebentar tatkala mendengar tayar kereta memasuki kediaman rumah kami. Kami dah agak dah siapa yang datang tu.
"Papa!" Jeritku dari jauh kelihatan Tengku Ahmad Faiz, ayahku memasuki ruang tamu. Ayahku menoleh kearah suaraku dan menuju ke ruang makan. Mukanya tampak bersinar-sinar seperti ada sesuatu yang baik telah berlaku.
"Ehem! Baru bangun ke?" Ayahku menjeling kearahku.
"Hah? Hehehe...lama dah. Kan ibu?" Belaku sambil buat mata kuyu."Ibu tak nak bersubahat dengan kamu." Jawabnya.Air mukaku terus berubah dan hanya tersengih ke arah ayah. Ayahku yang sudah mengerti menggelengkan kepala.
"Haih, apa nak jadi ni. Oh ya! Papa nak bagitahu benda penting kat kamu, Arif. Dengar baik-baik ya" ayah tersenyum terus menoleh ke arah isterinya. Ibu mengangguk. Aku menjadi keliru sebentar."Sebenarnya kami berdua pergi merisik anak kenalan kami untuk jodohkan kamu dengan anak perempuan mereka. Nampaknya diorang setuju." Ucap ayahku dengan penuh berhati-hati.
Aku tengah sedap makan tersedak secara tak langsung! Hah!? Apa? M-merisik!?
"Kami harap kamu ikut sajalah ya. Untuk kebaikan kamu juga."
Kata ibuku dengan penuh harapan."Ibu! Papa! Apa semua ni? Kenapa tak bincang dengan Arif dulu? Arif tak kenalpun siapa perempuan tu! Macam mana Arif nak hadap nanti?" Aku agak meninggikan suara tanpa sengaja. Bukan apa. Cuma terkejut dengan berita yang tak disangka.
"Arif! Jangan tinggikan nada kamu tu! Papa nak kamu ikut saja perancangan kami. Jangan berdalih lagi. Lagipun umur kamu dah 25 tahun! Kamu kena cepat-cepat ambil alih tempat papa. Papa nak bersara nak. Papa penat..."Ayahku memang macam tu. Tegas dan agak memaksa tapi sayu pula bila mendengar luahan papa itu.
Aku menoleh ke arah ibu ku. Ibuku hanya mengangguk supaya aku setuju. Aku mengeluh kecil.
"Papa nak kamu berdikari dan ada tanggungjawab sendiri. Sejak habis graduan sampai sekarang kamu tak bekerja. Asyik belajar, lepas habis uni kamu terus sambung master 2tahun. Sekarangkan kamu dah habis master, jadi bolehlah kamu tolong papa kat sana nanti..." Papa cuba memujukku sambil jari telunjuknya menuding ke arah kanan.
"Tapi papa, Arif tak nak perempuan tu. Arif cuma nak kekasih hati Arif je. "Aku sedaya upaya untuk membantah mereka secara halus dan juga memujuk.
Papa kelihatan mengeluh kuat.
Ibu pula mula menunduk. Tak berani nak mencelah."Arif! Sejak dulu lagi Arif cakap benda sama! Kekasih hati! Kekasih hati! Perempuan yang Arif kata tu tak wujud! Papa tak pernah nampak Arif dengan perempuan tu!.. dan papa tak tahu pun rupa dia macam mana!"
Aku pula yang terasa panas membara walaupun aircond terpasang. Sampai hati papa cakap macam tu. Bukan nak dorong anak dia ni cari cinta hatinya tapi di sekat sehingga dipaksa kahwin dengan perempuan mana entah.
"Papa tak kira! Kamu nak ke tak nak ke kena kahwin jugak! Bakal menantu papa ni berketurunan baik-baik,Arif. Tolonglah dengar cakap papa kali ni..."
Aku terasa nak mengamuk sekarang ni! Yelah! Papa tetap juga dengan keputusan dia tu. Sudahnya aku dah mula memberontak.
"Arif tak nak! Arif tak nak! Arif akan lari dari rumah ni kalau papa tetap nak kahwinkan Arif dengan perempuan tu..!!" Aku terus berlari menaiki tangga menuju ke bilikku dan masuk ke dalam. Aku terus menguncikan pintu. Sempat juga bahuku terlanggar bahu ayah tadi secara kasar.
Ibu tergamam melihat perlakuanku tadi. Beliau mula bersedih hati. Papa pula tidak berkata apa. Terkejut sungguh dengan kelakuanku tadi.
Didalam bilik, aku mengamuk sakan. Aku melemparkan bantal kesana kesini. Macam budak-budak aku ni kan? Walaupun dah besar panjang. Arghh...! Kenapa papa buat Arif macam ni! Ibu pun satu! Bukan nak sokong Arif pun!
•••••
TBCO......
YOU ARE READING
Adakah Ini Takdir?
Random[IMBAS KEMBALI] *************** Tengku Arif Fairuz atau nama panggilannya Arif ialah anak tunggal dan selalu berasa kesunyian meskipun semua permintaannya ditunaikan oleh ibu bapanya. Perkara yang menimpanya sentiasa memberi tekanan kepadanya. S...