Nizam melayan perasaan yang hiba dia dapat tahu seorang lagi heronya, Chester Bennington membunuh diri hari ini. Dia terkenangkan zaman dia membesar dengan mendengar lagu Linkin Park dan cuba menelan hakikat, "rock is dead".
Dia memikirkan, sudah berapa lama dia tak bukak radio, walaupun radio adalah teman akrabnya sejak dia lahir. Muzik dan Nizam tidak dapat dipisahkan. Terutamanya muzik rock alternatif.
Dia termenung depan tingkap sambil dia bermain gitar. Dia nyanyi lagu Numb, sambil mengenangkan berapa ramai lagi hero pujaannya mati akibat bunuh diri. Tak depression, overdosed dadah.
Kurt Cobain, Layne Staley, Chris Cornell, Scott Weiland, sekarang Chester Bennington.
"Macam ni la agaknya rock mati," keluh hati Nizam sambil termenung memetik gitar.
Telefon berbunyi. Siapa lagi yang telefon kalau bukan girlfriend dia, Eleena.
"Hi cinta," kata Nizam dengan suara yang lemah.
"Hi cinta, ada apa yang tak kena?" tanya Eleena.
"Chester Bennington died today," kata Nizam.
"Sorry. Dulu masa Chris Cornell mati pun awak sedih macam ni. You're a music lover. Nothing can take away music from you."
"I guess this is how rock music died."
Eleena diam. Eleena jenis dengar semua jenis muzik, dari klasik hingga EDM, tapi kalau Nizam ni, dia lebih pada muzik alternative rock. Tapi kelemahan Eleena ni, dia tak boleh tengok Nizam sedih. Kalau Nizam sedih, mesti dia rasa sedih jugak.
"Awak kat rumah ke tu, cinta?" tanya Eleena.
"Haah."
Eleena cuba berfikir apa yang boleh dapat menghiburkan hati buah hati pengarang jantungnya ni.
"Tak nak datang rumah saya? Kita main game?"
"Tak nak."
"Hmm, kita main ping pong?"
"Tak nak."
"Awak, janganlah sedih macam ni. Saya susah hati lah kalau awak berterusan macam ni."
"Saya sedih kenapa muzik rock jadi menyedihkan macam hari ni," kata Nizam dengan suara sedikit sebak yang tak dibuat-buat.
"Barangkali itulah perasaan yang sama pada pemuzik jazz bila Bill Haley and The Comets bermain muzik rock pada tahun 1955," kata Eleena.
Nizam diam. Dia tahu bab-bab knowledge macam ni, dia tak boleh counter girlfriend dia.
"Agaknya ini la perasaan Pak Jamal Tongko masa saya sekolah dulu, bila Dam Ganjaran semua gelakkan orang dengar lagu pop yeh yeh," kata Nizam.
"Rock mungkin dah mati di seluruh dunia, dah dikuasai hiphop dan EDM, tapi ia tak mungkin mati di jiwa awak. Ia masih hidup. Macam ni lah, hari ini awak datang rumah saya, dan kita dengar muzik rock klasik. Saya ada piring hitam dari Creedence Clearwater Revival," kata Eleena.
"Wow! Tu kalau beritahu abah saya tu, melompat gembira dia!"
"Jangan sedih, rock takkan mati, sekurang-kurangnya pencinta muzik rock yang sebenar macam awak masih ada. Datang rumah saya, nanti saya masakkan sesuatu untuk pujuk awak."
--
Eleena masak sambal ayam, makanan kegemaran Nizam.
"Encik Osman, ada tak cadangan apa-apa untuk saya pujuk Nizam? Lagipun dia sedih sangat hari ni, hero muzik dia mati bunuh diri hari ni," kata Eleena sambil menggaul sambal pada ayam.
YOU ARE READING
Gerobok Arwah Ayah Eleena
Viễn tưởngGeng empat Cheras Perdana sedang adakan parti cendawan di rumah Eleena. Nizam ternampak sebuah almari antik di rumah Eleena. Dan kerana perasaan ingin tahu, dia masuk dalam almari itu, dan dia ke alam yang lain dari realiti.