"Celaka!" Yussouf al Taiyoobi berang hentak meja. Ratu Kiko hanya tunduk hormat sementara Laksamana Gajah Merah dan Naga Timur ketakutan bila mendapat tahu pihak pemberontak sudah mara dan menghancurkan kubu pertahanan mereka.
"Nampaknya sejak ada empat orang pemuda itu, kekuatan Tunku Hasyim semakin bertambah. Cari empat orang itu sampai dapat," Yussouf al Taiyoobi memberi arahan.
"Baik, tuan," Laksamana Gajah Merah akur dengan arahan.
"Dan kau, Ratu Kiko. Kau menjadi pemerintah hari ini, bukan sebab kau bijak, tetapi sebab aku. Aku yang berkuasa menentukan segalanya. Tetapi jika kau gagal menangkap empat pemuda itu, aku tak dapat menjamin kedudukan kau selaku pemerintah. Kau harus ingat, kau tak ada pilihan lain selain ikut nasihat aku. Aku, aku mampu pilih siapa yang akan menjadi pemerintah negara ini. Aku adalah dalang, kuasa di balik tabir," Yussouf al Taiyoobi bangun dari kerusi.
"Sekarang ini orang aku sedang mengkaji dengan lebih mendalam tentang MK Ultra, dimana jika projek ini siap, aku akan mampu mengawal fikiran manusia," Yussouf al-Taiyoobi terus berjalan keluar dari istana Ratu Kiko.
--
Adli, Kamelia, Sang Arjuna Perkasa dan Sang Uchan sedang memerhatikan tentera-tentera sedang berkawad di depan fasiliti Pusat Penyelidikan Aurora Berfrekuensi Tinggi (HAARP), iaitu pusat stesen janakuasa cuaca yang mampu mencipta ribut taufan yang memusnahkan kawasan penduduk dengan teknologi penyerapan haba dari cermin piramid yang dibina di tepi sungai dan laut yang mempercepatkan penyejatan air dari dua sumber ini, lalu digabungkan dengan udara panas dan sejuk untuk membentuk taufan yang dahsyat.
Adli meneropong dari jauh sambil kunyah karipap sardin.
"Kam, mana sirap ais aku?" Adli terus meneropong.
"Ish, mengorder je kerja kau ni. Cepuk kepala kau kang," Kamelia hulur plastik sirap.
"Sang Arjuna, Sang Uchan, kau standby masuk. Kam, kau pergi mengorat askar tu. Aku masuk bikin huru-hara dalam ni," kata Adli.
"Apasal aku kena ngorat askar pulak?" tanya Kamelia, cekak pinggang.
"Kau rasa-rasa kalau Sang Uchan jadi watak Lindsay Lohan dia ni, askar tu boleh terpikat tak?"
"Tuan hamba ni sungguh babi mengingatkan hamba betapa gediknya mamat ni," kata Sang Arjuna. Sang Uchan hanya tersipu-sipu.
"Babi, aku mana reti goda-goda ni."
"Agak-agak kalau askar tu lebih-lebih, kau wachaa je la. Sang Arjuna, kau lawan askar yang ada. Sang Uchan, kau tolong aku hack system. Aku ada satu senjata yang power yang mampu merosakkan sistem komputer. Aku dapat dari Limewire..."
"Limewire penternak virus. Tak sangka kau masih pakai benda purba macam tu," kata Kamelia.
"Untuk ambik virus la. Semua ni dalam pendrive ni. Lepas ni bila dah kucar kacir, kita semua akan pasang bom di piramid kaca ni. Bersedia?"
"Bersedia!"
"Okay, Kam. Kau pergi ngorat askar tu, sekarang!"
"Kau memang jantan sial, Adli."
"Nanti aku belanja kau cempedak goreng."
"Tak nak, nak aiskrim hijau dalam susu."
"Deal."
Kamelia terus datang menuju ke arah pondok keselamatan HAARP, sambil diperhatikan oleh tentera yang mengawal.
Bunyi suwit dan cium berbunyi kuat saat Kamelia berjalan di tepi pusat tersebut. Dalam masa itulah, Sang Uchan dan Sang Arjuna mula bergerak.
YOU ARE READING
Gerobok Arwah Ayah Eleena
FantasíaGeng empat Cheras Perdana sedang adakan parti cendawan di rumah Eleena. Nizam ternampak sebuah almari antik di rumah Eleena. Dan kerana perasaan ingin tahu, dia masuk dalam almari itu, dan dia ke alam yang lain dari realiti.