Kapal terbang peribadi dengan di sirip ada lambang tiga segi dan Eye of Horus mendarat di lapangan terbang tentera. Seorang lelaki berjubah hitam turun dari kapal terbang.
Ribuan tentera serta pegawai tinggi pemerintah kerajaan Subang Jaya dan Damansara Utama Ratu Kiko memberi perbarisan hormat kepada Yussouf al Taiyoobi.
"Baju tu, tuck in, Naga Timur. Kita nak bertemu dengan Dark Lord Master Yussouf al Taiyoobi ni," kata Laksamana Gajah Merah yang berdiri tegak di tarmac lapangan terbang.
Beberapa pegawai-pegawai tinggi dari World Bank, IMF dan kabal-kabal Illuminati dan Freemason turut berjalan mengiringi Yussouf al Taiyoobi.
"Tuan, Ratu Kiko minta saya jemput tuan," kata Laksamana Gajah Merah.
"Bawa saya ke Masonic Lodge," kata Yussouf al Taiyoobi, ringkas.
Tanpa banyak cakap, Laksamana Gajah Merah bukakan pintu limosin kalis peluru yang menunggu Yussouf al Taiyoobi.
Escort entourage Yussouf al Taiyoobi berjalan di bandar Kuala Melaut. Jalan raya ditutup pada orang ramai. Ini adalah orang paling berkuasa sedang berada di bandar ini.
Yussouf al-Taiyoobi tiba di altar Masonic Lodge yang lantainya petak hitam putih. Di depannya ada lambang tiga segi Illuminati dan mata Eye of Horus. Yussouf al Taiyoobi duduk di takhta tertinggi.
Semua yang ada dalam bangunan melutut menghadap Yussouf al Taiyoobi.
"Rise, my fellow Freemasons," Yussouf al Taiyoobi mengangkat tangan kanannya. PA nya menyerahkan kitab suci kultus yang telah menjadi amalan pengikut ajaran Illuminati selama ini.
Roh dan kuasa jahat meresapi tubuh badan Yussouf al Taiyoobi.
Ratu Kiko tiba dengan escort di bangunan Masonic Lodge, dan dia terus melutut di hadapan Yussouf al Taiyoobi.
"Yussouf al-Taiyoobi," Ratu Kiko memberi tunduk hormat.
"Rise, Kiko."
"Ini laporan tentang serangan di Hulu Paku. Penduduk kampung yang memberontak telah berjaya dibunuh semuanya."
Yussouf al Taiyoobi baca, tapi laporan itu kemudian dia tutup. Dengan pandangan mata yang tajam, dia memandang Ratu Kiko.
"Kau rasa, aku patut percaya dengan laporan ni?"
"Ini laporan dari kem kita di sana."
"Kau bodoh. Cuba kau pergi tengok sekali lagi, kem itu masih kem tentera kita, atau dah jadi kem tentera mereka?"
"Maksud tuan Yussouf al Taiyoobi?""Empat pemuda bijaksana telah tiba. Prophecy dari kitab Hammurabi 3,700 tahun yang lalu mungkin menjadi benar. Kalau aku mati, semua ini akan hancur. Buru empat pemuda itu, bunuh mereka, tanpa belas kasihan, sebelum mereka berempat menemui senjata sakti itu," kata Yussouf al Taiyoobi.
"Baik, tuan."
"Bagaimana dengan stesen Aurora kita, sudahkah ia beroperasi?" tanya Yussouf al Taiyoobi.
"Sudah 90 peratus, tuan."
"Bagus, sekarang kau boleh uji kuasa kita mengawal cuaca dengan memberi hujan lebat dan banjir pada daerah-daerah pemberontak yang enggan tunduk dengan kita. Dan apabila mereka lemah, serang mereka tanpa belas kasihan. Dan jangan lupa, selain empat pemuda itu, jangan lupa untuk buru Sang Arjuna Perkasa dan rakan-rakannya."
"Baik, tuan."
"Segalanya di dalam perancangan aku akan terus menjadi kenyataan."
Petir sabung menyabung. Stesen Aurora HAARP menjanakan tenaga elektrik yang mencetuskan cas-cas elektron untuk mengumpul wap air untuk menurunkan hujan yang lebat untuk menenggelamkan wilayah pemberontak.
--
![](https://img.wattpad.com/cover/116605939-288-k790411.jpg)
YOU ARE READING
Gerobok Arwah Ayah Eleena
FantasyGeng empat Cheras Perdana sedang adakan parti cendawan di rumah Eleena. Nizam ternampak sebuah almari antik di rumah Eleena. Dan kerana perasaan ingin tahu, dia masuk dalam almari itu, dan dia ke alam yang lain dari realiti.