"Baby, nah, Pen Hikmah baby," kata Dayang Selasih memberikan pen ajaibnya kepada Puru Cendana Pura.
"Pen apa tu?" tanya Nizam.
"Okay, apa yang tuan hamba paling ingini dalam dunia sekarang?" tanya Puru pada Nizam.
"Hamba nak Kurt Cobain hidup balik. Tak pun Chris Cornell ke, Chester Bennington ke," kata Nizam.
"Oh, hamba tak reti nak lukis dorang. Tapi bagi contoh la," kata Puru sambil lukis gambar kipas atas angin.
"Nampak, jadi kipas!"
"Fuyoo!"
"Pinjam pen ni Puru," kata Kamelia.
"Pen ni namanya Pen Hikmah, tak boleh buat main-main," kata Puru Cendana Pura.
"Ah, bak sini la!" Kamelia terus capai dan lukis Kombi.
"Ha, dah jadi Kombi!" kata Kamelia.
"Cool, you ada taste yang best!" kata Dayang Selasih.
"Senang sikit nak jalan," Kamelia tersenyum.
Adli keluar-keluar je nampak Kombi.
"Weh, mana datang Kombi ni doh?" kata Adli terkejut beruk.
"Kau nak tengok magic tak? Memandangkan kaki aku ni dah nak menggerutu, aku nak lukis kasut. Aku nak kasut Vans! Puru, macam mana nak pilih warna?"
"Ada, tekan kat butang kecik tu ada tulis option," Puru tunjuk di tepi pen itu.
"Aku nak Vans warna merah," Kamelia lukis sepasang kasut Vans.
"Taraaaa! Aku dah ada kasut. Eleena, awak nak kasut apa?" tanya Kamelia.
Eleena masih dalam keadaan bad mood sebab marah dengan Nizam.
"Eleena, nah, kasut untuk awak. Chuck Taylor warna biru," Kamelia menghulurkan kasut Chuck Taylor pada Eleena.
"Kau nak kasut apa, Adli?"
"Aku nak Vans yang versi limited edition The Who tu," kata Adli.
"Boleh, jap aku lukis," Kamelia lukis kasut mengikut custom made yang Adli mintak.
"Anda nak kasut apa?"
"Adidas Noel Gallagher," kata Nizam.
"Noel Gallagher ek? Okay jap jap," Kamelia lukis kasut Adidas tu.
"Dah, dah, jangan buat main-main dengan pen ni," kata Puru Cendana Pura.
"Ye la, dah nak mengelupas kaki aku berjalan kaki ayam, kau tau tak? Nah, ambik balik," Kamelia serahkan Pen Hikmah pada Puru Cendana Pura.
"Kami pergi dulu Nek Yam, babai!" kata Adli yang start enjin Kombi.
Eleena masih lagi bermasam muka dengan Nizam sebab tak boleh nak pulang, kerana menurut Sang Arjuna Perkasa, kawasan lubang yang nak masuk dari gerobok arwah ayahnya itu kini dikawal oleh tentera Ratu Kiko.
"Semua awak punya pasal, kita ada kat sini. Kalau awak tak masuk gerobok tu, kita semua dah tenang-tenang dalam rumah saya," kata Eleena. Bad mood semacam je Eleena hari ni.
"Adli, tuan hamba pasang la lagu best-best," kata Sang Uchan dari seat belakang.
"Kau nak lagu apa?"
"Bukak lagu Iron Maiden sekali!"
"Puru, pinjam Pen Hikmah kau, aku nak lukis kaset Iron Maiden ni," kata Adli.
"Bak sini aku lukiskan," kata Kamelia.
"Weh, Eleena, rilek la. Janganlah macam ni. Kau rilek je, apa-apahal, kitorang ada boleh cover," kata Adli.
YOU ARE READING
Gerobok Arwah Ayah Eleena
FantasyGeng empat Cheras Perdana sedang adakan parti cendawan di rumah Eleena. Nizam ternampak sebuah almari antik di rumah Eleena. Dan kerana perasaan ingin tahu, dia masuk dalam almari itu, dan dia ke alam yang lain dari realiti.