Geng Gunung Kickapoo sudah mula masuk ke daerah Dimu Bugir, daerah yang paling misterius di seluruh negeri Melaut, yang bersempadan dengan negeri Alam Shah Buana. Mereka berempat mula masuk ke hutan yang gelap dan hanya ditemani oleh cahaya bulan.
"You all okay tak?" tanya Dayang Selasih.
Nizam tunjuk simbol tiga jari tanda okay."Cinta, cinta okay?"
"Saya okay, cinta," Eleena mula rasa penat, tapi terus berjalan mendaki kawasan gunung.
"Baik-baik semua, batu kat tepi ni semua licin, banyak lumut," kata Dayang Selasih. Puru pula membawa beg Dayang Selasih, mula penat.
"Banyaknya nyamuk gigit saya," kata Eleena.
"Sebab awak manis, cinta."
"Time macam ni pun you nak manis ke, Nizam? Katok karang!" Dayang Selasih suluh di kawasan yang gelap.
"Sebenarnya saya masih tak faham, kalau kita pergi sana, macam mana nak main? Kita bukan bawak equipment muzik pun? Kat atas puncak gunung berapi tu, macam mana ada semua tu?" tanya Eleena.
"Ni, Pen Hikmah," kata Puru.
"Simpan elok-elok pen tu, karang mati kita masuk kawah gunung berapi sia-sia," kata Dayang Selasih.
Tengah jalan-jalan daki gunung tu, kaki Eleena terpelecok terpijak batu yang licin.
"Cinta, cinta!"
"Aaaahhh sakitnya!" Eleena memegang buku lalinya.
Dayang Selasih suluh cahaya pada kaki Eleena.
"Ish, kaki dia membengkak la. Mana ubat?" tanya Dayang Selasih.
"Kita rehat sini dulu?" kata Puru Cendana Pura.
"Kita naik atas sikit, situ ada air terjun," kata Dayang Selasih.
"Saya dukung cinta," kata Nizam.
"Awak larat ke angkat saya?"
"Saya kan Power Rangers awak," Nizam senyum, kemudian membongkok untuk Eleena panjat di belakang Nizam.
"Camni I pun nak injured gak, nak suruh Puru dukung," kata Dayang Selasih.
"Jangan la, siapa nak bawak beg tuan hamba kalau hamba kena dukung," Puru Cendana Pura merayu pada Dayang Selasih.
"Aduhhh!"
"Hmm, baru cakap," Puru pula kena dukung Dayang Selasih.
Puru dan Nizam menggunakan kudrat mereka sepenuh tenaga untuk mendukung cinta hati masing-masing sehingga di tepi air terjun.
"Ada kolah air panas la kat tepi ni lah, sebab ada aktiviti geotermal kat sini," kata Eleena.
"Wah, awak ni dah macam Ail lah," kata Nizam.
"Saya tak boleh lupa masa kita semua share jawapan dari Ail masa Geografi, walhal kita semua kelas lain-lain, ish tak sabar lah tunggu Operasi Bocor ni," Eleena rendam kakinya dalam kolam air panas.
"Awwwww!" Eleena menjerit kesakitan, dan Nizam memeluknya.
Puru mengeluarkan periuk untuk memasak. Disebabkan ada kolam air panas, mereka cuba masak telur dalam kolam air panas.
"Kejap, rock off challenge ni macam mana ni? Awak boleh main bass kan Puru?" tanya Eleena.
Puru mengangguk.
"Siapa nak main dram? Awak, Dayang?" tanya Eleena.
"Saya tak pandai main dram," kata Dayang Selasih.
![](https://img.wattpad.com/cover/116605939-288-k790411.jpg)
YOU ARE READING
Gerobok Arwah Ayah Eleena
FantasyGeng empat Cheras Perdana sedang adakan parti cendawan di rumah Eleena. Nizam ternampak sebuah almari antik di rumah Eleena. Dan kerana perasaan ingin tahu, dia masuk dalam almari itu, dan dia ke alam yang lain dari realiti.