7 - Sang Arjuna Try Hard

1.3K 87 20
                                    

Selepas makan, mereka berehat di tepi sungai, dengan Kamelia dan Dayang Selasih praktis lawan pedang.

"Handal betul you ni, dulu wakil daerah ke main lawan pedang ni?" tanya Dayang Selasih.

"Takdelah, I dulu saja-saja je praktis main pedang. Takdelah terror mana pun. Eh Dayang, jom kita lepak dengan Eleena? She's my best friend ever."

"Nampak macam dia bad mood je tadi, I tak berani la nak tegur," kata Dayang Selasih.

"Dia bad mood sebab boyfriend dia la, cari pasal. Sebab dia la, kitorang termasuk dalam tempat ni," kata Kamelia.

"Boyfriend dia? Siapa?"

"Tu, Nizam."

"Oh, haah, nampak dorang berdua je kan. Tapi tu la, abang I tu minat dia pulak," kata Dayang Selasih.

"Sang Arjuna Perkasa tu abang you ke? Hish, dia bapaklah tak cool. Bosan je tengok," kata Kamelia.

"Tu lah, dia je suka perasan dia kacak hensem dan bertakwa. Padahal, mengarut je," Dayang Selasih tunjuk cincin Air dan terus minum air.

"Cool gila cincin ni. Senang la, tak payah la you beli air mineral lagi," kata Kamelia.

"Apa saya nak jawab dengan Encik Osman ni, adui," Eleena picit kepalanya. Selalu dia cool je, tapi hari ni dia serabut. Dah tiga hari dah dia kat sini. Takut Encik Osman marah dia je sebab langgar pantang larang.

"Eleena, termenung apa tu? Nanti balik kitorang cakaplah kat Encik Osman, kat sini sedang berlaku peperangan," kata Dayang Selasih.

"Ya Allah, lagilah dia risau, awak tau tak? Dia tu kalau risau, mula la membebel kat saya. Nasib baik hari tu masa kes Datuk Mazlina tu dia tak tahu, kalau tahu tu, naya saya!" kata Eleena.

"Nizam tu, boyfriend you ke?" tanya Dayang Selasih.

"Haah, kenapa?"

"He's cute!"

"You jangan nak mengada ya?" kata Kamelia.

"Jealous," Eleena ketawa.

"Eh, kenapa pulak you nak jealous ni, Kamelia?"

"Kam pun syok kat Nizam, Dayang," Eleena gelak tutup mulut.

"Eh, mana ada la!" kata Kamelia menahan malu.

"You tak marah ke Kam suka Nizam?" Dayang Selasih tanya pada Eleena.

"Tak, langsung tak."

"Kenapa macam tu pulak? I selalu tengok gegirls ni putus kawan bila kawan dia minat kat balak dia ni. Masa I sekolah dulu, selalu berlaku macam ni," kata Dayang Selasih.

"Itu gegirls, we all ladies, kan Kam?" Eleena paut leher Kamelia.

"Eleena ni cool lah. Boleh pulak tak kisah best friend dia suka kat boyfriend dia," Dayang tak sangka ada orang macam Eleena ni.

"Mana ada la, Dayang! You percaya la Eleena ni, ish!"

"Epal masa English Day dulu tu? Sixteen, clumsy and shy?" kata Eleena.

"Itu dulu lah!" Kamelia tutup muka.

Tiba-tiba Sang Arjuna datang ke arah mereka bertiga.

"Hah, nak apa lagi jin afrit ni. Nak mampos agaknya," kata Eleena dengan nada menyampah.

"Ish, tu abang Dayang lah!" kata Kamelia.
"No worries, I memang rasa dia macam jin afrit pun," kata Dayang Selasih ketawa.

"Eleena, hamba nak solat Asar ni, sudikah tuan hamba kalau hamba jadi imam pada tuan hamba?" kata Sang Arjuna Perkasa acah-acah kacak.

Gerobok Arwah Ayah EleenaWhere stories live. Discover now