Geng Gunung Kickapoo mula mendaki hingga ke atas, sudah mencecah garisan awan.
"Sikit lagi, cinta, sikit lagi," Nizam memapah kaki Eleena yang masih belum sembuh dari terseliuh semalam.
Dayang Selasih terus berjalan walaupun kaki terhenjut-henjut, dan Puru terus menjaga dari belakang.
Ketika mereka sudah hampir di kemuncak, pokok pun dah makin jarang-jarang, dan mereka nampak lava gunung berapi di tepi mereka.
"Baik baik, korang. Karang jadi sate korang masuk dalam tu," kata Dayang Selasih.
"Kita dah nak sampai ke kemuncak ke?" tanya Eleena.
"Ya cinta, hati-hati, ada lava kat tepi kaki awak," kata Nizam.
"Macam mana saya nak hati-hati kalau hati saya pada awak," kata Eleena.
"Korang! Save sweet-sweet ni later, kita dah nak sampai ni," Dayang Selasih selaku tukang pegang torchlight marah.
"Dayang jealous hehehe," Eleena bisik kat Nizam.
"Serious sikit, kejap lagi kita akan bertemu dengan Dewa Batu dan Guling ni," kata Dayang Selasih.
"Awak boleh ke main dram dengan kaki sakit tu?" tanya Nizam.
"Saya kata, saya cuba."
"Awak jangan cuba-cuba, nanti kita semua masuk dalam kawah gunung berapi nanti."
"Kita masuk sama-sama."
"Woi, tak nak la masuk kawah gunung berapi. Hamba ni dah la muka macam katak. Nanti bila dah keras macam batu orang nampak muka hamba macam katak," tiba-tiba Puru bersuara dari belakang.
"Huh! Dah sampai puncak! Mana Dewa Batu dan Guling ni?" tanya Dayang Selasih.
Mereka berempat berdiri di atas Gunung Kickapoo dan melihat pemandangan di waktu pagi.
"Wahai Dewa Batu dan Guling, kami datang! We are ready to rock and roll!" Nizam menjerit.
Tiba-tiba keluar makhluk bertanduk berbadan merah dan berkaki kambing dari celah puncak gunung berapi.
"Babi, kacau la. Aku nak tido pun tak senang!"
"Kau ke Dewa Batu dan Guling?" tanya Nizam.
"Ha, kau nak apa budak?"
"Kitorang datang dari jauh sebab nak rock off challenge," kata Nizam.
"Kepala bana korang! Korang rasa korang cukup bagus ke nak lawan aku ni? Karang masuk kawah gunung berapi, sia-sia," Dewa Batu dan Guling geleng kepala.
"Belum lawan lagi, belum tahu," kata Dayang Selasih.
"Muka korang ni muka jambu, kecuali si katak ni la. Entah siapa-siapa la kau kawan ni. Weh, korang baik masuk boyband K-Pop je la. Masuk Mentor ke, Akademi Fantasia ke. Korang nak rock off challenge dengan aku ni korang dah lama hidup ke?" tanya Dewa Batu dan Guling.
"Para rockers semua, arise!"
Tiba-tiba muncul segala para rockers yang hidup atau telah mati berkumpul di keliling kawah gunung berapi.
"Peh, Kurt Cobain! Chris Cornell!" jerit Nizam.
"Lek, lek budak! Kau jangan nak excited sangat. Kau pandang bawah tu, kalau kau tersilap, kau bakal senasib macam dia," Dewa Batu dan Guling tunjuk jarinya ke bawah kawah.
Kelihatan vokalis Nickelback sedang meminta tolong kerana sudah termasuk dalam kawah gunung berapi.
"Help! Helppppp! Helppppp! Sing my song Photograph please! This Is How You Remind Me!"
YOU ARE READING
Gerobok Arwah Ayah Eleena
FantasíaGeng empat Cheras Perdana sedang adakan parti cendawan di rumah Eleena. Nizam ternampak sebuah almari antik di rumah Eleena. Dan kerana perasaan ingin tahu, dia masuk dalam almari itu, dan dia ke alam yang lain dari realiti.