10 - Perang Di Hulu Paku

1.1K 117 27
                                    

Woooooooooooooooooongggggg!

Bunyi siren berbunyi kuat di Kampung Hulu Paku.

"Perhatian, semua penduduk kampung sila keluar dari rumah. Tentera Ratu Kiko sedang menghampiri kita. Diulangi, minta perhatian, semua penduduk kampung, sila keluar dari rumah. Sila ikuti pelan langkah keselamatan yang telah ditetapkan oleh JKKK kampung."

"Lekas, keluar. Kampung kita akan diserang tentera Ratu Kiko," kata Makcik Siantan membungkuskan bajunya dan menyiapkan baju untuk Melur.

"Weh, pahal weh?" kata Adli.

"Kau tak dengar ke? Kampung ni dah nak kena serang," kata Kamelia.

Nizam dan Eleena dah berlari sambil berpimpin tangan gaya macam videoklip lagu Yellowcard Only One la pulak.

"Cinta, apa-apa jadi pada kita, saya nak beritahu awak, I love you," kata Nizam.

"I love you too, cinta," Eleena mula mengikut Nizam lari.

Sang Arjuna, Sang Uchan, Puru Cendana Pura dan Dayang Selasih bersiap sedia bersama tentera pemberontak yang tiba untuk mempertahankan kampung.

"Apa lagi, kita Margera la!" kata Adli.

"Kau nak buat apa, Li?" kata Kamelia.

"Kau ikut aku. Tok, saya ada satu akal. Saya nak pinjam kudrat penduduk kampung, boleh tak?" kata Adli pada ketua kampung.

Adli kemudian berbisik pada ketua kampung dan kemudian ketua kampung tersenyum mendengar akal bergeliga Adli.

"Orang kampung, potong pokok balak, dua batang! Kita nak buat perangkap. Yang mana ada, potong buluh runcing, kita perang!"

"Allahu Akbar!"

Bunyi helikopter berterbangan dan mula menembak beberapa orang kampung.

"Melur!"

"Kakak Eleena!"

"Lari!"

Roket pelancar menembak Makcik Siantan yang sedang berlari ke anaknya.

"Selipar Melur putus!"

"Lari cepat!"

Helikopter datang dan menembak Melur di kepalanya. Jasad Melur terkulai jatuh ke bumi.

"Melurrrrrrr!"

"Cinta, cepat lari. Saya tahu ia menyedihkan tapi kita tak ada masa untuk bersentimental," kata Nizam yang terus berlari dan menyorok di celahan batu.

Eleena menangis melihat Melur ditembak tadi.

"Cinta, saya tahu ia sedih, tapi kalau awak menangis, tentera mereka akan dengar."

Nizam nampak seorang tentera Ratu Kiko datang ke arahnya. Dia berlari lalu terus menerajang muka lelaki tadi, dan mengambil senapangnya, dan terus tembak muka tanpa banyak cakap.

Nizam terus menembak juruterbang helikopter itu dan helikopter itu terus terjunam ke bumi.

"Mana Adli?" tanya Nizam.

Adli dan penduduk kampung sedang menarik kayu balak dari atas bukit.

"Kejap lagi, kereta kebal dia datang dari arah bawah ni kan? Kita lepaskan balak ni jatuh bawah bukit dan semua kereta kebal tu akan tersangkut. Kau Kam, kau rampas seberapa senjata yang boleh. Aku nak pasang trap ni," kata Adli.

"Adli, tu Nizam dengan Eleena!"

"Panggil dorang ke sini, take cover sini!"

Kamelia tumbuk dan terajang seorang tentera dan menembak seberapa banyak tentera yang boleh. Dia ambil grenade dari kocek seorang tentera dan menunggu kereta kebal datang.

Gerobok Arwah Ayah EleenaWhere stories live. Discover now