Geng Sang Arjuna Perkasa dan geng Cheras Perdana datang ke majlis bersantap dengan Tunku Hasyim. Oleh itu, mereka semua diberi pakaian cantik-cantik untuk ke majlis tersebut.
"Awak ni pakai bowtie senget la, cinta. Meh saya betulkan," kata Eleena sambil membetulkan bowtie Nizam.
"Hi, Eleena?"
"Oh, Tuanku Permaisuri," Eleena terkejut dengan kehadiran Permaisuri Emaliana yang datang ke kamar beradu istana di Gua Anjing.
"Eh, tak payah Tuanku lah. Saya ni kan kakak tiri awak," kata Permaisuri Emaliana.
"Tak faham?" Eleena pandang Permaisuri.
"Begini, Bendahara Mahathir..."
"Saya rasa awak semua dah salah orang. Ayah saya bukan keturunan raja. Saya orang biasa."
Permaisuri Emaliana terkebil-kebil untuk menerangkan perkara sebenar.
"Dahulu, semasa arwah ayah masih hidup..."
--
Bendahara Mahathir seorang bendahara yang cekap, amanah serta seorang yang bijaksana dalam pentadbiran. Beliau merupakan seorang bendahara yang berwawasan dan memimpin masyarakat untuk menjadi maju.
Dahulunya, Melaut, Alam Shah Buana, Teluk Lanun dan negeri-negeri lain adalah di bawah satu empayar kekuasaan yang bernama Alam Dewata, yang diperintah oleh Sultan Nizaruddin Ilham Shah. Sultan Ilham Shah, dengan nasihat Bendahara Mahathir telah berjaya menyatukan seluruh Alam Dewata menjadi satu gabungan negara yang kuat.
Banyak projek pembangunan untuk rakyat telah dilaksanakan untuk memastikan kemajuan serta kebajikan dapat diberi kepada seluruh tanah jajahan. Alam Dewata menjadi sebuah negara yang kuat.
Pun begitu, muncul seorang ahli politik yang Machiavellian bernama Yussouf al Taiyoobi. Dia memupuk semangat perkauman khususnya bagi memastikan dasar pecah dan perintah dapat dilaksanakan. Dengan cara itu, semangat perkauman diapi-apikan dan semangat kenegerian dibatuapikan.
Bendahara Mahathir keluar ke Alam Dewata secara senyap-senyap apabila mengetahui satu pergerakan sulit untuk menjatuhkan beliau dalam kerajaan serta komplot untuk membunuhnya. Bendahara Mahathir memikirkan tentang keluarganya, melarikan diri bersama pembantu rapatnya, Tun Osman. Sejak itu, Bendahara Mahathir tidak lagi kembali ke Alam Dewata lagi. Beliau dikatakan hilang dan sejak itu politik di Alam Dewata menjadi kucar-kacir.
Maka semangat kenegerian makin meluap. Negeri Selatan yang bernama Jauhari tiba-tiba mengibarkan bendera sendiri di semua premis kerajaan berbanding bendera Alam Dewata. Semangat persekutuan telah ditolak dengan mengapikan semangat kenegerian.
Dan di Melaut, pemimpin rasis seperti Dol Tramp dan Sultan Alam Shah Buana juga mahu menuntut kemerdekaan dari Alam Dewata. Lalu berlaku satu peperangan antara kerajaan persekutuan Alam Dewata dan negeri-negeri.
Satu demi satu negeri keluar dari Persekutuan kerana kerajaan yang lemah, dan semua merdeka. Balkanisasi (maksudnya perpecahan negara dalam Persekutuan, boleh Google 'balkanization') telah berlaku, dan sejak itu Melaut dan Alam Shah Buana telah perang dingin. Mereka berdua saling melakukan keganasan di sempadan.
Tetapi Yussouf al Taiyoobi melihat ini adalah peluangnya untuk menjadikan semua negara bekas Alam Dewata dalam pemerintahan kuku besi di tangannya. Dan dia tidak berminat untuk menjadi diktator di depan sebaliknya mahu bermain disebalik tabir.
Beliau menaja banyak perang dan akibatnya, negara-negara ini berhutang dengannya bertrillion dolar. Beliau menubuhkan pertubuhan gelap Illuminati untuk memastikan projeknya terlaksana. New World Order di bawah tangannya.
YOU ARE READING
Gerobok Arwah Ayah Eleena
FantasyGeng empat Cheras Perdana sedang adakan parti cendawan di rumah Eleena. Nizam ternampak sebuah almari antik di rumah Eleena. Dan kerana perasaan ingin tahu, dia masuk dalam almari itu, dan dia ke alam yang lain dari realiti.