"Eh korang, ni kampung apa pulak ni? Kata tiga hari berjalan?" Dayang Selasih garu-garu kepala.
"Hamba rasa kita semua dah sesat jalan kot?" kata Sang Uchan pula.
"Pulak!" Adli dah rimas dengan serangga yang menghinggap tubuhnya.
"Itulah, ikut sangat kata Pengakap Muda ni, kata pendekar terulung macam hamba, tak nak dengar," Sang Arjuna Perkasa menjeling pada Nizam.
Nizam geleng kepala. Apa lagi yang si Sang Arjuna ni tak puas hati entah.
"Encik Arjuna yang gagah perkasa..." kata Eleena. Sang Arjuna Perkasa tersenyum.
"Kita sesat ni sebab keris GPS awak tu yang sesat, bukan salah boyfriend saya. Janganlah salahkan kami yang dari Cheras Perdana ni. Sepatutnya pendekar terulung macam encik Arjuna lah yang dituduh sesat jalan," Eleena tersenyum sarkastik.
"You ni kan Along, suka jump into conclusion cepat sangat lah," Dayang Selasih cekak pinggang.
"Aku dah tak peduli, aku nampak sungai, aku nak mandi!" kata Adli yang terus buka baju dan seluar dan hanya tinggal boxer. Kamelia tutup mata sebab malu.
"Bestnya dia, mandi! Jom la mandi, Kam, cinta, jom lah! Tak budak Hulu Langat la tak mandi sungai!" kata Nizam yang join sekaki.
"Takpe, cinta mandilah. Susah jadi orang perempuan ni, nak mandi ada je pervert yang akan memandang," Eleena terus duduk di tepi pokok sambil berehat dan menjaga cermin mata Nizam.
Puru pulak boleh terjun cannonball.
"Tuan hamba, jom la mandi sekali," kata Sang Uchan pada Sang Arjuna Perkasa.
"Tak apalah, hamba nak habiskan baca buku al Kindi tentang tasawuf ni..." kata Sang Arjuna Perkasa sambil menjeling Eleena dengan harapan Eleena terpegun lah.
"Aaahh tuan hamba ni orang nak mandi dia nak acah-acah baca buku pulak," Sang Uchan terus tarik tangan Sang Arjuna Perkasa dan campakkan dia dalam sungai.
"Wooo! Sejuk sial air ni!" kata Adli.
"Lagi sejuk dari Tekala, do!" Nizam berenang-renang sambil menyelam.
"Gabai lagi best dari Tekala la!" kata Adli.
"Puru!" Nizam terjun dengan terjunan gaya Hardy Boyz dari atas batu."Peh, tuan hamba pernah main wrestling ke dulu?" kata Sang Uchan.
"Can you dig it, sucka! Can you dig it, suckaaaaaaaaaa!" Adli menjerit dengan meniru gaya wrestler kegemarannya Booker T.
Tiba-tiba Nizam buat cekup tengkuk Sang Uchan dan buat gaya Randy Orton. Puru pula buat gaya Frog Splash macam Rob Van Dam.
Eleena, Dayang Selasih dan Kamelia gelak-gelak je tengok couple masing-masing yang perangai macam budak-budak bila mandi sungai. Eh, Kam dengan Adli couple ke?
"We got two words for you, suck it!" Nizam letak dua tangannya di celah kelengkang, meniru gaya DX di atas batu, dan kemudian bagi dropped kick ke dada Puru.
Sang Arjuna Perkasa hanya berwuduk sambil geleng-gelengkan kepala.
"Mereka ni semua tak matang, macam budak-budak, tak macam hamba," lalu dia solat sunat dan berwirid.
"Beb, tanya sikit, boleh?" tanya Nizam pada Puru.
"Apa dia?"
"Member kau tu apahal? Dari hari tu tak puas hati dengan aku. Aku tau la dia pendekar terulung nama panjang macam haram jadah, tapi toksah la macam berlagak doh," kata Nizam.
"Dia ni perwira yang telah menyelamatkan negara satu ketika dulu. Kehebatan dia dalam bersilat ni usah dipertikaikan," kata Puru.
"Ye la tapi rilek la, chill la sikit."
YOU ARE READING
Gerobok Arwah Ayah Eleena
FantasyGeng empat Cheras Perdana sedang adakan parti cendawan di rumah Eleena. Nizam ternampak sebuah almari antik di rumah Eleena. Dan kerana perasaan ingin tahu, dia masuk dalam almari itu, dan dia ke alam yang lain dari realiti.