26 - Persiapan Perang

1.1K 100 9
                                    

Kedatangan Nizam dan Adli disambut dengan sorakan dari tentera pemberontak. Kamelia terus mendakap dan memeluk Adli.

"Ish, apa peluk-peluk ni, bukan muhrim la," kata Adli.

"Eh, Suria! Kau datang jugak, bawak geng pulak tu. Tak sangka kau masih pakai jaket aku," Adli tepuk bahu Suria.

"Tuan hamba semua, jangan kita gembira dulu, hamba baru saja dapat perkhabaran yang kurang baik," Sang Arjuna Perkasa tiba-tiba potong stim.

"Ada apa?" tanya Eleena.

"Nampaknya Yussouf al Taiyoobi sudah mula bergerak ke sini. Dia mempunyai kuasa yang luar biasa yang kita semua tak mampu menumpaskannya," Sang Arjuna teringat peristiwa mereka bertarung dengan Yussouf al Taiyoobi sebanyak dua kali, satu di kampung Sagil, lagi satu di Teluk Lanun.

Eleena senyum.

"Sang Arjuna, jangan risau. Saya ada ini," Eleena keluarkan Gitar Sakti dalam begnya.

"Bukan sepatutnya gitar ini Nizam yang kena ambik ke?" Adli garu kepala.

"Nizam pengsan. Saya yang kalahkan Dewa Batu dan Guling," Eleena fliphair.

"Zam, pasni band kami tak memerlukan kau lagi. Kitorang dah ada Eleena yang lagi awesome," Adli tepuk bahu Nizam.

"Sampai hati kau singkirkan aku, Adli?"

Kamelia, Eleena dan Adli ketawa. Ternyata perkara pasal band ni Nizam tak boleh dibawa bergurau.

"Jadi, macam mana kita nak lawan dengan Yussouf al Taiyoobi?" tanya Adli.

Eleena pandang bukit bukau dan bentuk muka bumi dari peta Suria.

"Baik, kita semua perlu berkawal di tiga jalan, kerana ada tiga jalan menuju ke sini dari bandar Kuala Melaut. Sang Arjuna, awak bahagikan tentera kepada tiga kumpulan. Suria, saya cadangkan awak dan rakan-rakan awak berjaga dari bangunan ini, kerana dari sini apabila tentera mereka datang, awak semua boleh buat serangan hendap."

Semua pasang telinga bila Eleena merancang strategi.

"Putera Hasanuddin dari jalan sebelah ini," kata Eleena.

"Baik, adinda bonda."

"Adli, awak pasang perangkap si sebelah sini. Sini saya jangka ada banyak kenderaan berat akan mereka gunakan memandangkan ini jalan yang agak besar."

"Aku nak Sang Uchan dengan Kam tolong aku," kata Adli, mencekak pinggang.

"Saya dan Nizam akan menyelinap dan saya jangka, Yussouf al Taiyoobi akan datang ke sini. Dan masa itu, biar saya berhadapan dengan Yussouf al Taiyoobi," muka Eleena, serius.

"Awak pasti ke ni, cinta?" Nizam dah risau.

"Saya perlukan awak untuk menyelinap saya, sebelum saya bertemu dengannya."

"Semua setuju?" kata Eleena.

"Setuju!"

Adli, Kamelia dan Sang Uchan mula memasang jerangkap samar di jalan raya.

"Aku ada satu akal. Skuad memanah!" Adli tiba-tiba menjerit.

"Apa dia, tuan hamba?"

"Kita semua akan panah dari pokok-pokok ni bila mereka semua datang. Semua bersedia, panjat pokok."

Kamelia memasang kawat berduri untuk menghalang tentera Ratu Kiko dari memasuki kawasan ini.

"Tuan hamba, saya rasa eloklah selepas kita semua pasang perangkap ni, kita kembali ke kem. Kita juga perlu bantu kawan-kawan alien kita," kata Sang Uchan.

Gerobok Arwah Ayah EleenaWhere stories live. Discover now